Harian Metro

Perlu RM40,000 rawat penyakit sukar kencing

-

Kuala Lumpur: Jika dilihat dari luaran, kanak-kanak lelaki ini seorang yang aktif tanpa sebarang penyakit.

Namun sebenarnya, Sean Meng Fan Lin, 5, menderita masalah saluran kencing sempit sejak dilahirkan.

Ibunya, Lim Lee Ping,

45, berkata, anak tunggalnya itu terpaksa menjalani dua pembedahan dengan kos RM40,000 dalam masa terdekat untuk membetulka­n kedudukan saluran kencingnya.

Menurutnya, sejak Sean dilahirkan, dia sukar membuang air kecil memandangk­an kedudukan saluran yang tidak normal.

“Pembedahan perlu dijalankan segera kerana sudah tertangguh susulan Covid-19 sejak dua tahun lalu.

“Doktor mengesahka­n Sean mengalami penyakit sindrom turner dan hanya pembedahan boleh merawat masalah itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Lim berkata, dengan pekerjaann­ya yang tidak menentu menyebabka­n dia buntu untuk mendapatka­n wang bagi menampung kos pembedahan.

“Saya hanya bekerja sambilan sebagai tukang tilik nasib dengan pendapatan RM3,000 sebulan.

“Sebagai penanggung tunggal, saya tidak mampu menampung kos rawatan kerana pelbagai komitmen lain yang perlu dilangsaik­an,” katanya.

Menurutnya, dia berterima kasih kepada Media Prima Berhad dan The New Straits Times Press (NSTP) kerana membantu mendapatka­n sumbangan bagi merawat anaknya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurka­n sumbangan mereka kepada Tabung Kemanusiaa­n MEDIA PRIMA-NSTP menerusi akaun Maybank bernombor 5141-0532-3170.

“Pembedahan perlu dijalankan segera kerana sudah tertangguh susulan Covid-19 Lee Ping

 ?? ?? LEE Ping mohon bantuan orang ramai untuk rawatan pembedahan anaknya, Sean di Gleneagles Hospital. - Gambar NSTP/AMIRUDIN SAHIB
LEE Ping mohon bantuan orang ramai untuk rawatan pembedahan anaknya, Sean di Gleneagles Hospital. - Gambar NSTP/AMIRUDIN SAHIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia