Harian Metro

Air mata derita Faris

Ibu tak berdaya lihat anak hidap barah hati tahan kesakitan

- Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

Setiap kali Muhammad Faris Naufal Mohd Fairul Ridzuan, 2, menangis, ibunya, Siti Famiza Bahari, 32, turut sama menangis kerana dia seolah-olah dapat berasakan penderitaa­n anaknya yang menghidap barah hati.

“Apabila anak menangis, saya turut menangis, malah dapat rasakan kesakitan ditanggung­nya kerana Muhammad Faris Naufal perlu melalui pelbagai rawatan termasuk kemoterapi walaupun masih kecil,” katanya semalam.

Menurut Siti Famiza, Muhammad Faris Naufal yang juga anak bongsu daripada dua beradik disahkan menghidap barah Hepatoblas­toma (barah hati) pada Mac lalu selepas bahagian perut kanan mengeras.

Muhammad Faris Naufal kemudian dibawa menjalani pemeriksaa­n di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan hasil ujian imbasan sinar X, doktor mengesahka­n kanak-kanak berkenaan menghidap penyakit itu.

“Anak sepatutnya aktif bermain, namun dia diuji dengan barah hati. Kesnya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kami perlu berulang-alik ke sana untuk janji temu dengan doktor,” katanya di rumahnya di Lorong Masjid Iskandar, Jalan Datuk Kumbar, di sini.

Siti Famiza berkata, Muhammad Faris Naufal sudah menjalani tujuh rawatan kemoterapi di HPP dan dijangka menjalani pembedahan membuang separuh daripada hatinya pada Julai depan.

Katanya, berat badan Muhammad Faris Naufal juga berkuranga­n daripada 11 kilogram (kg) kepada 8.9kg kerana tidak berselera makan.

“Sebelum ini, saya mengambil upah mengasuh kanak-kanak di rumah dan boleh membantu suami menambah pendapatan­nya sebagai pekerja di bengkel membaiki kenderaan.

“Tetapi, sejak anak sakit, saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada Muhammad Faris Naufal serta anak sulung, Nur Fariza Najla yang berusia lima tahun di rumah,” katanya.

Nur Famiza berkata, ada kalanya mereka berdepan masalah kewangan, malah perlu mengeluark­an belanja lebih untuk membawa Muhammad Faris Naufal ke HPP dengan kos sekitar RM300.

Katanya, dengan sewa rumah RM500 selain kos sara hidup semakin meningkat menyebabka­n dia dan suami buntu memikirkan sumber kewangan untuk rawatan Muhammad Faris Naufal.

Pihak yang ingin membantu boleh menghubung­i Siti Famiza di talian 011-29527561.

“Jika Muhammad Faris Naufal dimasukkan ke wad HPP, kami perlu berjimat kerana wang yang ada digunakan untuk membayar bil hospital dan sebagainya.

“Jika ada yang hendak membantu, kami bersyukur sangat kerana tidak tahu mana lagi hendak mencari wang memandangk­an Muhammad Faris Naufal perlu minum susu formula khas selain menggunaka­n lampin pakai buang setiap masa,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi

Cancer

Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal menyalurka­n sumbangan wang, barangan keperluan harian serta susu formula khas untuk kegunaan Muhammad Faris Naufal.

Katanya, sokongan moral kepada ibu bapa Muhammad Faris Naufal amat diperlukan kerana mereka perlu kuat demi kesihatan anak.

Berat badan Muhammad Faris Naufal berkuranga­n daripada 11kg kepada 8.9kg

 ?? ?? ZURAINI (kanan) ketika menziarahi Siti Famiza dan Muhammad Faris Naufal di rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar. - Gambar NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI
ZURAINI (kanan) ketika menziarahi Siti Famiza dan Muhammad Faris Naufal di rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar. - Gambar NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia