Harian Metro

Selamat tinggal Ferrea Denai Alam

-

Kuala Lumpur: “Insya-Allah ada yang lebih baik. Bye Ferrea (Ferrea Denai Alam).”

Itu status hantaran dimuat naik pelawak Shuk Sahar mengenai rumah banglo miliknya di Denai Alam, Shah Alam yang sudah terjual dengan harga RM1.2 juta.

Shuk, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar ketika dihubungi berkata, dia sedih kerana terpaksa menjual rumah itu.

“Rumah orang dah beli sebelum sambutan hari raya hari tu lagi. Cuma proses agak lama. Ini pun saya masih kemas barang untuk dibawa keluar.

“Diakui memang sedih, tapi tidak apa lah ada rezeki lain nanti. Banyak kenangan dalam rumah ini. Semuanya tinggal kenangan. Doakan saya ya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shuk, dia bakal berpindah ke Pulau Pinang dan menetap buat sementara waktu di sana.

“Saya akan terus pindah dan buat sementara waktu duduk di Pulau Pinang. Dalam masa sama, saya memang sedang set up perniagaan kafe iaitu Smooth Café di Sungai Dua, di sana,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatka­n penjelasan mengenai status perkahwina­n dengan Rossalenna­h Natassyiah Asshafera atau Rossa Sera tidak berjaya kerana Shuk memberitah­u dia dalam keadaan sibuk mengemas barang.

 ?? ?? SHUK
SHUK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia