Harian Metro

Bisnes nutrisi saya legit: Riz

-

Kuala Lumpur: Pelakon Riz Amin mempunyai sebab mempamerka­n kemewahan di laman sosial iaitu sebagai bukti kejayaan dalam menjalanka­n perniagaan nutrisi.

Riz, 37, atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin berkata, bisnes produk diusahakan itu adalah tulen atau legit hingga dipercayai di pasaran.

“Selama dua tahun saya menjalanka­n perniagaan ini saya tidak pernah ditangkap oleh pihak polis ataupun dapat laporan daripada mana-mana pihak bahawa saya melakukan perkara jahat. Alhamdulil­lah setakat ini produk saya sudah di pasarkan ke 32 buah negara.

“Saya membuktika­n kepada orang sebenarnya, tujuan saya memuat naik semua tu adalah untuk bantu orang dari segi kesihatan dan juga menjana pendapatan dengan menggunaka­n sistem yang kami sediakan,” katanya kepada Harian Metro.

‘ Selama dua tahun saya menjalanka­n perniagaan ini saya tidak pernah ditangkap oleh pihak polis”

Riz yang mula dikenali menerusi drama Emil Emilda itu menegaskan, bisnesnya mempunyai sistem serta kelulusan sempurna selain ia dipengerus­ikan oleh individu yang berintegri­ti.

“Pengerusi kita pun adalah bekas Ketua Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim. Kalau dia rasa syarikat ini keluarkan produk yang tidak bagus, sistem yang salah, tidak mempunyai sijil, lesen dan sebagainya takkan dia sanggup nak jadi pengerusi betul tak?,” katanya.

Riz

 ?? ?? RIZ Amin
RIZ Amin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia