Harian Metro

SPRM tahan 4 individu babit rasuah RM200k

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan sebuah hospital swasta dan dua pemilik syarikat pembekal bagi membantu siasatan rasuah bernilai RM200,000 pada 2016 hingga 2019.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 34 hingga 65 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, petang kelmarin.

Majistret Shah Wira Abd Halim mengeluark­an perintah reman selama enam hari bermula semalam hingga 19 Jun ini terhadap seorang bekas pegawai kanan hospital swasta dan dua pemilik syarikat pembekal itu manakala seorang lagi bekas pegawai kanan hospital swasta direman selama lima hari di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Menurut sumber, dua bekas pegawai kanan hospital swasta berkenaan dipercayai meminta dan menerima suapan daripada dua pemilik syarikat pembekal bagi membantu syarikat itu mendapat kerja-kerja berkaitan pembekalan peralatan perubatan, pembelian tanah, projek pembanguna­n dan pembekalan perkakasan teknologi maklumat kepada hospital-hospital di bawah syarikat hospital swasta berkenaan. Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahka­n penahanan reman itu dan kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek lelaki berusia antara 34 hingga 65 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia