Harian Metro

Dua beradik bersyukur ibu buka akaun TH sejak kecil

-

‘ Ibu buat persediaan lebih awal apabila membuat tabungan untuk kami di Tabung Haji melalui potongan gaji. Kami sangat berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa kami”

Kota Kinabalu: Wan Amier Ashraf Yamin, 21, dan kakaknya Wan Arina Azrinor Yamin, 29, hari ini bersyukur dengan penuh rasa insaf terhadap kesungguha­n ibu mereka yang mula menabung dengan Tabung Haji sejak mereka kecil lagi sehingga membolehka­n mereka menunaikan ibadah haji pada usia muda.

Ibu mereka Sharifah Norkaya Shah Latif, 57, seorang pesara guru, mula menyimpan duit untuk mereka di Tabung Haji ketika Wan Arina Azrinor berusia lima tahun, manakala adik lelakinya pula beberapa bulan selepas dilahirkan pada 2001.

“Ibu buat persediaan awal apabila membuat tabungan untuk kami di Tabung Haji melalui potongan gaji. Kami sangat berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa

Wan Arina Azrinor

kami. Ini adalah tanda kasih sayang mereka kerana memikirkan masa depan kami,” kata Wan Arina Azrinor.

Kedua-dua mereka berkata demikian sebelum berlepas ke Kuala Lumpur malam kelmarin, untuk menyambung perjalanan seterusnya bagi menyahut panggilan baitullah.

Terdahulu kedua-dua adik beradik itu dihantar oleh ibu dan ayah mereka Yamin Ag Mahali, 57, ke Hotel Raia, dekat sini, bagi menghadiri majlis meraikan keberangka­tan kumpulan pertama jemaah haji Sabah bagi musim ini yang disempurna­kan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Wan Arina Azrinor yang merupakan penuntut Sarjana Sains Akuakultur dari Universiti Malaysia Sabah berkata walaupun gementar, namun beliau cukup teruja serta gembira kerana dapat merealisas­ikan impian menjadi tetamu Allah dan mengerjaka­n Rukun Islam kelima itu pada tahun ini dengan segala persiapan dibuat sejak sebulan lalu.

“Sebenarnya adik dapat tawaran, tetapi saya membuat rayuan ikut (mengerjaka­n haji) bersama dengan dia kerana sebelum ini saya pernah mendapat tawaran tetapi memandangk­an tiada mahram ketika itu, saya terpaksa menangguhk­annya.

“Saya berasa gementar juga kerana biasanya jika ke mana-mana kami akan pergi bersama kedua ibu bapa, tetapi kali ini kami berdua sahaja tanpa mereka,” kata anak sulung dua beradik itu sambil berharap akan sentiasa diberikan kesihatan baik sepanjang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci dan mendapat haji mabrur.

Kedua-dua adik beradik itu adalah sebahagian daripada 142 jemaah haji dari Sabah yang berlepas ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbanga­n ke Tanah Suci.

 ?? ?? WAN Arina Azrinor (kiri) dan Wan Amier Ashraf bersama-sama berlepas bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.
WAN Arina Azrinor (kiri) dan Wan Amier Ashraf bersama-sama berlepas bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia