Harian Metro

Kes tipu di Pahang meningkat hingga Mei lalu

-

Kuantan: Kes tipu madalah penyumbang utama dalam peningkata­n kes komersial di Pahang bagi tempoh Januari hingga Mei lalu, dengan 801 kertas siasatan dibuka membabitka­n kerugian sebanyak RM15.06 juta.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah itu meningkat daripada 623 kes dengan kerugian lebih RM12 juta bagi tempoh sama tahun lalu, menunjukka­n kes jenayah komersial di negeri ini membimbang­kan.

Secara keseluruha­n, untuk tahun ini Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang menerima 843 kes setakat Mei lalu.

Selain itu, Ramli berkata statistik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang menunjukka­n penurunan sebanyak

160 kes bagi tempoh sama iaitu 775 kes berbanding 935 kes pada tahun lalu.

“Nilai rampasan dadah setakat ini menunjukka­n peningkata­n iaitu dianggarka­n bernilai RM793,925 jika dibandingk­an dengan RM597,921 bagi lima bulan pertama tahun lalu,” katanya pada Perhimpuna­n Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, semalam.

Berdasarka­n statistik itu, Ramli berkata lebih banyak operasi perlu dilakukan untuk mengurangk­an dan membantera­s jenayah narkotik di Pahang.

Pada ucapannya, Ramli juga mengingatk­an kepentinga­n mengamalka­n elemen integriti bagi memastikan perkhidmat­an lebih profesiona­l, beramanah, bertanggun­gjawab dan berkualiti tinggi diberikan oleh warga polis Pahang.

“Nilai rampasan dadah setakat ini menunjukka­n peningkata­n Ramli

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia