Harian Metro

Pulih tanah terbiar

Kerajaan Negeri Sembilan laksana projek pengeluara­n makanan bagi keperluan rakyat

- Oleh Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my

Kerajaan negeri akan bekerjasam­a dengan kerajaan Pusat dalam melaksanak­an projek pengeluara­n makanan bagi keperluan rakyat negeri dan negara ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir berkata, pihaknya bersedia untuk memberi ruang bagi meningkatk­an keluasan tanah atau memulihkan tanah terbiar untuk projek penternaka­n mahupun pertanian.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa proaktif dalam memajukan sektor makanan dan pelbagai projek sudah dan sedang diusahakan bagi menambah pengeluara­n makanan untuk rakyat.

Katanya, usaha itu termasuk memulih dan memajukan kolam serta tanah terbiar dengan projek ekonomi.

“Malah, kita juga sudah menjalinka­n kerjasama dengan kerajaan Selangor bagi membangunk­an tapak projek ternakan lembu National Feedlot Corporatio­n (NFC) terbengkal­ai di Gemas, dengan tanaman jagung bijirin.

“Terbaru, kita menawarkan kepada pengusaha untuk mengusahak­an kawasan seluas kira-kira 200 hektar di bawah seliaan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) di negeri ini bagi aktiviti penternaka­n.

“Selain itu, seluas 40 hektar lagi di Gemas akan dibangunka­n dengan projek pertanian yang akan bermula dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau mengulas mengenai usaha kerajaan Pusat yang menggarisk­an lima langkah untuk memastikan sekuriti makanan terjamin.

Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang berkata, terdapat banyak ruang untuk ditingkatk­an dari segi keluasan tanah untuk dimajukan dengan projek makanan.

Beliau bagaimanap­un berharap kerajaan pusat atau agensi berkaitan lebih serius dalam melaksanak­annya.

 ?? ?? ANTARA faktor utama menyebabka­n kontraktor tidak berdaftar semula kerana tidak dapat menjalanka­n kerja pembinaan dan kekurangan projek pembinaan ketika pandemik.
ANTARA faktor utama menyebabka­n kontraktor tidak berdaftar semula kerana tidak dapat menjalanka­n kerja pembinaan dan kekurangan projek pembinaan ketika pandemik.
 ?? ?? BAKRI
BAKRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia