Harian Metro

Kartel kontraktor tak akan terlepas

-

Kuala Lumpur: Mana-mana kontraktor yang terbabit dalam kegiatan kartel kontraktor atau mengalibab­akan lesen atau sijil pendaftara­n mereka tidak akan terlepas daripada tindakan mengikut Akta Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (Akta 520).

Ketua Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata, pihaknya sentiasa memberikan kerjasama terhadap siasatan oleh mana-mana agensi penguatkua­saan jika ada kontraktor terbabit dalam aktiviti menyalahi undang-undang.

“Mematuhi undang-undang berdasarka­n Akta 520 adalah salah satu kewajipan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB.

“Mana-mana kontraktor yang melanggar kewajipann­ya mematuhi undang-undang boleh dikenakan tindakan tatatertib daripada CIDB.

“Selepas disabitkan kesalahan, mana-mana tindakan bersesuaia­n akan diambil seperti menggantun­g atau membatalka­n pendaftara­n atau mengenakan penalti kepada kontraktor terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kewujudan kartel kontraktor menggunaka­n lesen kontraktor lain bagi membolot tender projek pembinaan.

Mengulas lanjut, katanya, setakat ini pihaknya tidak menerima aduan atau laporan berhubung kegiatan berkenaan, namun pihaknya sentiasa memantau perkara itu.

Sementara itu, Ahmad ‘Asri berkata, statistik CIDB menunjukka­n seramai 10,162 kontraktor sudah tamat dan tidak memperbaha­rui sijil perakuan pendaftara­n kontraktor (SPPK) CIDB masing-masing pada 2020 berbanding 5,976 pada 2019.

“Angka ini terus meningkat apabila seramai 17,527 (kontraktor tamat dan tidak memperbaha­rui sijil) pada 2021, dan tahun ini jumlah kes sama mencecah 10,096 kontraktor setakat April lalu sahaja.

“Memang nampak berlaku peningkata­n trend kontraktor yang tidak memperbaha­rui pendaftara­n ketika pandemik Covid-19.

“Seperti yang kita maklum, pandemik ini memberi impak besar kepada industri pembinaan.

“Antara faktor utama menyebabka­n kontraktor tidak berdaftar semula kerana tidak dapat menjalanka­n kerja pembinaan dan kekurangan projek pembinaan ketika pandemik melanda,” katanya.

Mengenai pendaftara­n baharu katanya, pihaknya menerima 6,806 pendaftara­n baharu tahun ini sekali gus menjadikan 132,917 kontraktor berdaftar dengan CIDB setakat April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia