Harian Metro

‘Buat kebaikan daripada kejar populariti’

-

Kuantan: Penggiat seni di negara ini dinasihati memanfaatk­an bakat dimiliki dengan membuat kebaikan berbanding mengejar populariti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata dengan memberikan fokus kepada kebaikan, ia dapat mendidik masyarakat dengan mesej yang positif.

Katanya, penggiat seni tidak seharusnya hanya mahu mempopular­kan dengan membuat program atau drama tidak elok yang bertentang­an dengan agama dan nilai budaya masyarakat negara ini.

“Saya harapkan bahawa soal seni adalah benda yang tuhan beri, bukan semua orang pandai buat seni.

“Pada masa sama, kebanyakan pelakon cantik-cantik belaka dan ini pun anugerah Tuhan, sebab itu kalau boleh mereka gunakan kepada yang boleh memberi manfaat kepada orang. Mesej yang mereka buat itu biar sampai untuk mendidik masyarakat. “Kadang-kadang orang ini, dia hendak faham agama, akhlak dan moral melalui drama, animasi dan lain-lain kerana mereka tidak minat dengar ceramah yang panjang,” katanya.

Idris berkata demikian pada sidang media sempena Multaqa Murabbi Ummah (MMU) peringkat Pahang di sini, semalam.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk

Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Beliau berkata ketika diminta mengulas ada drama Melayu yang memaparkan unsur seksual dan kebaratan hingga menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan masyarakat.

“Buatlah program atau drama yang ada mesej. Gunakan kebijaksan­aan dan kecantikan yang mereka ada dengan perkara boleh mendatangk­an manfaat dan kebaikan kepada masyarakat,” katanya.

 ?? ?? IDRIS (dua dari kiri) menyampaik­an replika cek kepada Syed Ibrahim (tengah) sempena Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Pahang di Kuantan.
IDRIS (dua dari kiri) menyampaik­an replika cek kepada Syed Ibrahim (tengah) sempena Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Pahang di Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia