Harian Metro

Bicara 1,283 kes rasuah

91.1 peratus daripada 292 kes berakhir dengan sabitan

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Sebanyak 1,283 kes perbicaraa­n rasuah berlangsun­g di Mahkamah Sesyen di seluruh Malaysia, tahun lalu.

Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, daripada jumlah itu, 292 kes selesai perbicaraa­n.

“Daripada jumlah itu, 266 berakhir dengan sabitan atau 91.1 peratus. Ini menunjukka­n peratusan sabitan amat membanggak­an.

“Di samping itu, 152 kes pelucuthak­an harta dikendalik­an di mahkamah di mana 121 kes permohonan selesai.

“Sebanyak 117 kes atau 96.7 peratus memihak kepada pendakwa raya dan empat kes atau 2.2 peratus tidak memihak kepada pendakwa raya.

“Dari segi pemulihan aset, jumlah aset dilucuthak dan dipulangka­n kepada kerajaan Malaysia pada tahun lalu adalah RM5.1 billion di mana RM99.57 peratus adalah dari 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB),” katanya pada Majlis Anugerah Media SPRM 2021 di Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam.

Terdahulu, Azam menyampaik­an hadiah pemenang Anugerah Media Cetak kepada wartawan Berita Harian, Suzalina Mohamad Halid menerusi laporan Pendedahan Kartel Daging 2.0 manakala bagi Anugerah Media Elektronik kepada wartawan Astro Awani, Izwar Muzzani Abdul Wahid menerusi laporan Rasuah Terapung di Tengah Laut.

Hadir sama Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an.

‘ Dari segi pemulihan aset, jumlah aset dilucuthak dan dipulangka­n kepada kerajaan Malaysia pada tahun lalu adalah RM5.1 billion di mana RM99.57 peratus adalah dari 1MDB”

Azam Baki

 ?? ?? AZAM (dua dari kiri) bersama penerima Anugerah Media SPRM 2021 kategori media elektronik dan media cetak selepas majiis penyampaia­n anugerah itu, semalam.
AZAM (dua dari kiri) bersama penerima Anugerah Media SPRM 2021 kategori media elektronik dan media cetak selepas majiis penyampaia­n anugerah itu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia