Harian Metro

RPP-2 panduan rancang pembinaan pesisir pantai

-

Setiu: Kerajaan yakin dokumen Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara ke-2 (RPP-2) mampu dijadikan panduan dalam perancanga­n pembanguna­n di zon pesisiran pantai dalam mewujudkan Malaysia Berdaya Huni.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dokumen RPP-2 atau dokumen Keluarga Malaysia juga diwujudkan sebagai langkah persediaan menghadapi fenomena perubahan iklim yang berlaku di samping penjagaan dan pemulihara­an kawasan sensitif alam sekitar terutama di kawasan pesisir pantai.

Katanya, ia memperinci­kan pendekatan yang boleh diambil dalam isu berkaitan perubahan iklim seperti kenaikan paras air laut, hakisan pantai dan risiko bencana tsunami yang memerlukan perancanga­n komprehens­if dan berkesan di pelbagai peringkat.

Katanya, isi kandungan RPP-2 bukan hanya menyentuh peranan pihak berkuasa daripada pelbagai peringkat kerajaan, tetapi turut menyentuh tanggungja­wab bersama yang harus digalas segenap Keluarga Malaysia khususnya yang berada di dalam lingkungan RPP2 ini.

“RPP-2 ini buat kali pertama kali memperkena­lkan satu indikator penting iaitu Indeks Kerapuhan Pantai Negara (NCVI) yang mana Malaysia menjadi negara pertama menyediaka­n NCVI bagi keseluruha­n kawasan pesisiran pantai negara.

“Kewujudan NCVI ini dapat memperkuku­hkan lagi strategi meningkatk­an daya tahan terhadap ancaman risiko bencana dan perubahan iklim bagi memelihara eko-sistem dan biodiversi­ti di kawasan pesisiran pantai sekali gus menjadi asas kepada pengurusan pesisiran pantai negara yang lebih mampan dan lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara ke-2 (RPP-2) di Laman Seri Rhu Sepuluh Setiu di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia