Harian Metro

‘Keterangan mencukupi untuk dituduh’

-

Putrajaya: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar fail kepada Jabatan Peguam Negara berhubung isu integriti dan salah guna kuasa membabitka­n pegawai Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerusi anak syarikat agensi itu, Mara Corporatio­n (Mara Corp).

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fail berkenaan dihantar untuk dikaji dan mencadangk­an nama beberapa pihak untuk dituduh.

“Setakat ini saya tidak mahu komen yang mengatakan kes tidak dituduh.

“Pendirian kami, kita siasat dan pada pandangan kami, ada keterangan memadai dan mencukupi untuk mencadangk­an beberapa pertuduhan kepada beberapa pihak,” katanya selepas Majlis Anugerah Media SPRM 2021 di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Kelmarin, portal media tempatan melaporkan Jabatan Peguam Negara yang sepatutnya mendakwa tiga pegawai Mara Corp ‘bakal’ menggugurk­an kes terhadap mereka.

Pada 5 Februari lalu, SPRM mengesahka­n menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Mara yang disiasat secara dalaman oleh agensi itu.

Suruhanjay­a itu pada 7 Februari lalu menyerbu dan merampas beberapa dokumen daripada Mara, Mara Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia