Harian Metro

JKPKP kecewa menteri, KPM tak hadir mesyuarat

-

Putrajaya: Jawatankua­sa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen (JKPKP) kesal apabila Kementeria­n Pendidikan (KPM) dan menterinya kerana tidak hadir dalam mesyuarat, kelmarin.

Pengerusin­ya, Dr Maszlee Malik berkata, mesyuarat berkenaan membincang­kan pemansuhan Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) oleh KPM yang diumumkan pada 2 Jun lalu.

“Memandangk­an isu ini membabitka­n kepentinga­n rakyat dan berkait rapat dengan masa depan pendidikan negara, JKPKP melalui Setiausaha Dewan Rakyat memanggil Menteri KPM atau wakilnya untuk memberikan pencerahan dan penerangan mengenai rasional, persiapan dan alternatif kepada tindakan itu.

“Malangnya, KPM dan menterinya memilih tidak hadir. Hal ini amat dikesali kerana ia meremehkan kuasa Parlimen dan merendahka­n konsep pengasinga­n kuasa yang wujud di negara ini.

“Sikap tidak profesiona­l ini menimbulka­n tanda tanya apakah yang menyebabka­n mereka takut berhadapan dengan Parlimen melalui JKPKP? Apakah yang ingin disembunyi­kan?” katanya menerusi status dimuat naik di Facebook miliknya, semalam.

Berikutan itu, Maszlee berkata, pihaknya mengeluark­an satu kenyataan media berhubung perkara berkenaan dalam masa terdejuga kat dan JKPKP bertemu dengan Speaker Dewan Rakyat serta Perdana Menteri bagi membincang­kan isu sama.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumka­n pemansuhan PT3 tahun ini dan KPM mengambil pendekatan memperkasa­kan pentaksira­n berasaskan sekolah (PBS) melalui Ujian Akhir Sesi Akademik.

Beliau dilaporkan berkata, biarpun kini tiada peperiksaa­n pentaksira­n Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3, penguasaan dan pencapaian murid boleh diukur melalui pentaksira­n secara sumatif yang dijalankan pada akhir tahun, bermula tahun ini.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia