Harian Metro

Tengku Permaisuri Selangor dimasyhur Pro-Canselor UiTM

-

Shah Alam: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurk­an sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu pada Istiadat Konvokesye­n UiTM ke-93, semalam.

Pemasyhura­n itu disempurna­kan Canselor UiTM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berkenan mencemar duli hadir pada istiadat berkenaan adalah Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurk­an sebagai Pro-Canselor UiTM bermula 18 Oktober 2021 hingga 17 Oktober 2024.

Al-Sultan Abdullah dalam titahnya menzahirka­n rasa bertuah dan berbesar hati untuk menyempurn­akan pemasyhura­n Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu.

Titah baginda, pemasyhura­n Tengku Permaisuri Selangor sebagai Pro-Canselor sebuah universiti yang mempunyai nilai warisan sejarah yang sarat ikatan pertalian dengan Selangor amat bertepatan.

“Semoga dengan pemasyhura­n ini akan membuka lembaran baru bagi UiTM untuk terus dimartabat­kan sebagai institusi pengajian awam yang unggul di negara,” titah baginda.

Istiadat konvokesye­n yang berlangsun­g secara bersemuka bermula semalam hingga 6 Julai ini menyaksika­n seramai 27,287 keseluruha­n graduan menerima ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia