Harian Metro

Johor kaji semula cuti hujung minggu

-

Johor Bahru: Kerajaan negeri akan mengkaji semula cuti hujung minggu Jumaat, Sabtu di negeri ini berikutan keluhan disuarakan rakyatnya.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau maklum dengan keluhan rakyat berkaitan cuti hujung minggu yang berbeza antara kerajaan dan swasta.

“Kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara ini supaya ibu bapa dan anak dapat berehat pada hari yang sama.

“Perkara ini akan saya umumkan kelak selepas mendapat kaedah yang paling tuntas untuk menyelesai­kannya,” katanya ketika menyampaik­an amanat khas di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada (Persada) di sini, semalam.

Pada 23 November 2013, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-55, dilaporkan menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

Baginda dilaporkan bertitah, pertukaran itu berkuatkua­sa 1 Januari 2014 bagi memudahkan rakyat Johor beribadat dengan tenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia