Harian Metro

Derma darah lebih 90 kali sebagai amal jariah

-

Georgetown: Setiap tahun Elias Che Man, 56, akan menderma darah antara tiga hingga empat kali dan rutin itu dianggap sebagai amal jariah sebagai usaha menyelamat­kan nyawa pesakit yang memerlukan bantuan kecemasan.

Polis pengiring berpangkat sarjan itu berkata, dia mula menderma darah sejak memasuki perkhidmat­an pasukan beruniform itu ketika berusia 19 tahun.

“Kalau diikutkan lebih 90 kali saya menderma darah, tetapi ada sebuah buku merah derma darah hilang dalam simpanan menjadikan jumlah yang direkodkan setakat ini ialah 84 kali.

“Setiap kali tiba masa saya menderma darah iaitu iaitu dalam selang masa tiga bulan saya berasa berat dan lesu, jadi biasanya saya tidak akan berlengah untuk melakukan rutin berkenaan,” katanya di sini, kelmarin.

Anak jati Baling, Kedah itu berkata, dia pernah

‘ Setiap kali tiba masa saya menderma darah iaitu iaitu dalam selang masa tiga bulan saya berasa berat dan lesu jadi biasanya saya tidak akan berlengah untuk melakukan rutin berkenaan”

Elias Che Man

menerima mesej tular dalam aplikasi WhatsApp yang menyatakan seorang individu berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan pemindahan darah di Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum terus bergegas ke sana untuk melaksanak­an tanggungja­wabnya sebagai penderma darah.

“Ia berlaku ketika pandemik Covid-19 kira-kira dua tahun lalu dengan jangkitan kes agak tinggi menyebabka­n berlaku kekurangan bekalan darah dan tidak ramai orang yang mampu melakukann­ya dengan serta-merta berikutan masalah kesihatan dan sebagainya.

“Ketika itu saya sangat berharap dia dapat diselamatk­an walaupun secara peribadi tidak mengenali dirinya,” katanya.

Sempena meraikan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia yang diraikan semalam (14 Jun), Elias berharap lebih ramai individu terutama generasi muda tampil menjadi penderma darah jika tidak berhalanga­n dan proses berkenaan hanya mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit bergantung situasi tubuh seseorang.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, walaupun penderma darah mendapat beberapa kelebihan bergantung kepada kekerapan menderma seperti rawatan perubatan percuma kelas pertama dia melakukann­ya tanpa mengharapk­an apa-apa balasan.

“Mungkin kerana saya sendiri penjawat awam yang berpeluang menikmati pelbagai faedah perubatan yang disediakan kerajaan.

“Jadi, saya cuma berhasrat untuk terus melakukann­ya selagi kesihatan mengizinka­n untuk membantu seramai mungkin insan yang memerlukan walaupun selepas bersara kelak,” katanya.

 ?? ?? ELIAS menunjukka­n buku sijil perkhidmat­an pemindahan darah kebangsaan miliknya. - Gambar NSTP/DANIAL SAAD
ELIAS menunjukka­n buku sijil perkhidmat­an pemindahan darah kebangsaan miliknya. - Gambar NSTP/DANIAL SAAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia