Harian Metro

Maximus ketuai rombongan

- Oleh Izwan Abdullah am@hmetro.com.my

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengetuai

di-‘ kumpulan pakar perundanga­n dan pengkaji mencari dokumen rujukan berkaitan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di London.

Kumpulan itu yang turut disertai pegawai kerajaan Persekutua­n dan negeri jadual berlepas 19 Jun ini dan berada di London bagi melaksanak­an tugasan berkenaan selama seminggu.

Maximus berkata, kajian awal menunjukka­n lebih 300 dokumen yang merujuk kepada hak Sabah dan perkara berkaitan dengan MA63 tersimpan di Arkib Nasional, London.

“Wujud banyak salah faham, jadi ini masanya untuk membetulka­n rekod mengenai MA63. Ini kerana MA63 bukan sekadar perjanjian, jadi kita perlu semua fakta dan angka untuk membolehka­n kita membuat tuntutan yang menjadi hak kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, usaha yang dilakukan kumpulan itu sangat penting bagi memastikan hak Sabah dan rakyatnya dapat dilindungi.

Katanya, kerajaan Sarawak juga melakukan perkara sama enam tahun lalu.

“Akhirnya kita dapat melihat dokumen rahsia ini selepas ia tidak lagi diklasifik­asikan sedemikian di Arkib Nasional, London.

“Berikutan itu, kita berharap dapat gambaran lebih baik apa berlaku sebelum kemerdekaa­n kita pada 1963,” katanya.

Antara yang menyertai kumpulan berkenaan ialah Peguam Besar Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan utusan khas Sabah ke Kawasan Pertumbuha­n ASEAN Timur - Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA), Tan Sri Pandikar Amin Mulia, selain pegawai dari Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Wujud banyak salah faham, jadi ini masanya untuk membetulka­n rekod mengenai MA63. Ini kerana MA63 bukan sekadar perjanjian, jadi kita perlu semua fakta dan angka untuk membolehka­n kita membuat tuntutan yang menjadi hak kita”

Maximus

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia