Harian Metro

Industri ayam: PM yakin kemampuan Nafas, Angkasa

-

Kuala Lumpur: Kerajaan menyambut baik inisiatif Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Anggota Lembaga Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) untuk terbabit secara signifikan dalam industri ternakan ayam.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras saranan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang mahu kerjasama awam dan swasta diperkukuh bagi meningkatk­an hasil pertanian khususnya industri ternakan ayam.

“Pagi ini, saya bertemu Ahli Jemaah Pengarah Nafas dan Angkasa bagi membincang­kan mengenai langkah menjamin sekuriti makanan negara.

“Nafas dan Angkasa terbabit dalam ekosistem industri ayam bermula daripada anak ayam, makanan ternakan, vaksin, reban, pusat pemprosesa­n, bilik sejuk beku, logistik, pusat pengedaran dan pemasaran sehingga sampai kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, Nafas menyasarka­n menguasai 20 peratus pasaran dengan pengeluara­n 144 juta ayam setahun manakala Angkasa 30 juta ayam setahun.

“Nafas dan Angkasa lebih proaktif dalam industri penanaman jagung bijirin bagi mengurangk­an kebergantu­ngan negara terhadap import bahan mentah untuk makanan ayam,” katanya.

Menurutnya, bagi tujuan itu, Nafas mengenal pasti kawasan seluas 12,140 hektar di Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini ditanam dengan tembakau untuk ditanam jagung bijirin.

“Angkasa mengenal pasti kawasan seluas 4,000 hektar tanah di seluruh negara dengan kerjasama Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan.

“Setiap hektar mampu mengeluark­an 5 tan jagung bijirin dan menampung 20 peratus daripada keperluan import jagung bijirin dalam tempoh lima tahun ini,” katanya.

Katanya, usaha Nafas dan Angkasa yang berskala besar ini diyakini mengurangk­an kebergantu­ngan negara terhadap jagung bijirin sebagai makanan ayam.

“Saya yakin Nafas dan Angkasa berupaya membantu kerajaan menangani isu kenaikan harga ayam dan bekalan makanan,” katanya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia