Harian Metro

Johor kenal pasti 1,214 hektar tanah

-

Johor Bahru: Kerajaan negeri mengenal pasti 1,214 hektar tanah untuk diusahakan dengan tanaman bernilai tinggi bagi menangani krisis bekalan makanan.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, langkah itu dilakukan supaya bekalan makanan negeri sentiasa terjamin, sekali gus mengelakka­n berlaku krisis bekalan.

Kata Onn Hafiz, ketika ini, dunia sudah mula mengalami krisis bekalan makanan akibat ketidaksta­bilan geopolitik serantau dan kadar inflasi global yang meningkat.

“Kerajaan negeri mengenal pasti 1,214 hektar tanah untuk diusahakan dengan tanaman bernilai tinggi, bukan saja bagi tujuan domestik malah eksport.

“Saya menggesa supaya kita turut menguasai setiap aktiviti dalam rantaian nilai ekonomi makanan ini bagi menjadikan hasrat dari ladang ke meja makan menjadi kenyataan,” katanya ketika menyampaik­an amanat khas di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada (Persada) di sini, semalam.

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata, kerenah birokrasi yang sekian lama dikaitkan dengan perkhidmat­an awam perlu ditangani dan dihapuskan.

“Kita perlu serius dan mengubah budaya kerja dengan meningkatk­an keberkesan­an, keseragama­n dan kecekapan penyampaia­n perkhidmat­an awam kita supaya pelabur lebih tertarik untuk datang melabur di Johor.

“Saya tidak sekali-kali menafikan usaha yang dilaksanak­an untuk meningkatk­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an awam seperti mewujudkan sistem atas talian, pertambaha­n perjawatan mahupun pelaksanaa­n waktu kerja anjal, namun pada hemat saya, semua itu belum memadai.

“Saya menyeru kepada semua ketua jabatan Persekutua­n, negeri dan daerah supaya turut mengambil pendekatan turun padang dengan lebih kerap bagi menyelami masalah dan tekanan dihadapi rakyat serta segera mencari penyelesai­an menanganin­ya,” katanya. Terdahulu, Onn Hafiz menggarisk­an enam teras utama bagi memastikan visi menjadikan Johor negeri maju menjelang 2030.

Enam teras utama yang difokuskan itu adalah tadbir urus kerajaan, pembanguna­n ekonomi, jaringan keselamata­n sosial, teras kemudahan dan keperluan asas, keselamata­n dan kebersihan alam sekitar serta orang muda Johor.

 ?? ?? ONN Hafiz melawat pameran selepas Majlis Amanat Khas Menteri Besar Johor di Persada, Johor Bahru. - Gambar NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
ONN Hafiz melawat pameran selepas Majlis Amanat Khas Menteri Besar Johor di Persada, Johor Bahru. - Gambar NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia