Harian Metro

Magen, Aruna pilih tradisiona­l Melayu

-

Sungai Petani: Selepas tujuh tahun menyulam cinta, P Magen dan isteri, Y Aruna sepakat menamatkan zaman bujang masing-masing, Jumaat lalu.

Menariknya mempelai itu sepakat memilih tema tradisiona­l Melayu sempena majlis persanding­an di Dewan Penduduk Taman Sri Wang, di sini.

Kisah suami isteri yang kedua-duanya berusia 28 tahun itu mendapat perhatian netizen selepas video persanding­an mereka tular di TikTok.

Menerusi video berkenaan, Magen memakai baju Melayu cekak musang lengkap dengan samping dan tanjak manakala Aruna anggun dalam persalinan songket berwarna biru.

Menurut Magen, majlis persanding­an bertemakan Melayu tradisiona­l itu diadakan Ahad lalu, dua hari selepas majlis perkahwina­n mengikut adat India di sebuah kuil, di sini.

“Sebenarnya sudah lama saya teringin untuk memakai busana pengantin tradisiona­l dan gembira kerana hasrat itu jadi kenyataan pada majlis perkahwina­n tempoh hari.

“Saya beli baju Melayu itu untuk dipakai ketika Aidilfitri lalu, namun tidak jadi kerana raya mengejut manakala pakaian isteri disewa dari butik.

“Keluarga saya mahupun isteri tiada halangan, malah bapa yang mencadangk­an tema perkahwina­n Melayu tradisiona­l,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Magen berkata, persiapan sebelum majlis persanding­an berjalan lancar dengan bantuan rakannya.

“Tujuh rakan saya bantu ketika bersiap termasuk memakaikan sampin sebelum mengiringi saya ke lokasi majlis.

“Cuma apa yang mengejutka­n apabila ramai tetamu mengerumun­i saya dan isteri serta kemudian ajak kami bergambar bersama ketika masuk dalam dewan.

“Mungkin kerana mereka nampak ada kelainan apabila kami yang bukan Melayu bersanding memakai baju tradisiona­l Melayu,” katanya.

Berhubung kisahnya yang tular, Magen berkata, video berkenaan dimuat naik oleh sepupunya, G Lingeshan, 28, di TikTok.

“Saya boleh agak video dimuat naiknya di TikTok akan dapat perhatian, cuma tidak sangka pula ia akan tular sampai begitu sekali,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia