Harian Metro

PERKUKUH SEKTOR PERTANIAN

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Kerajaan akan mengukuhka­n sektor pertanian sebagai sebahagian daripada inisiatif strategik untuk mempercepa­tkan transforma­si berstruktu­r kerana produktivi­ti pertanian yang lebih tinggi akan memberikan hasil tiga kali ganda.

Hasil berkenaan meliputi jaminan makanan yang mampan, sumber manusia lebih produktif dan penggunaan tanah dan air yang lebih cekap.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan perlu menggalakk­an sektor yang mempunyai kelebihan perbanding­an selain memupuk sektor utama seperti pertanian yang membabitka­n sebahagian besar masyarakat.

“Transforma­si pertanian kekal sebagai pemacu pemangkin kepelbagai­an ekonomi, perindustr­ian dan kemajuan insan melalui kesannya terhadap pendapatan isi rumah, pekerjaan dan kesejahter­aan masyarakat,” katanya dalam ucap tama pada Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia 2022 bertemakan’“Mempercepa­tkan Transforma­si Struktur, Memacu Pertumbuha­n Ekonomi’ ( Accelerati­ng Structural Transforma­tion, Driving Economic Growth) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi

‘ Kerajaan perlu galak sektor mempunyai kelebihan perbanding­an selain memupuk sektor utama seperti pertanian yang membabitka­n sebahagian besar masyarakat”

Mohd Shahar

Majlis Penasihat ECKL dan Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Presiden Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik, Tan Sri Michael Yeoh.

Mohd Shahar berkata, berikutan asas ekonomi negara yang kukuh serta sistem penjagaan kesihatan awam yang berkesan, kerajaan seharusnya lebih bersedia sekarang dari segi mekanisme untuk merancang, melaksana, mengurus dan memantau semua perancanga­n, pembanguna­n dan dasar dalam bersiap sedia untuk masa depan.

Mengenai tindakan strategik lain yang perlu diambil selain daripada menggalakk­an sektor utama seperti pertanian, Mohd Shahar berkata, kerajaan juga perlu melaksanak­an strategi bersepadu dan perkongsia­n luas untuk mengukuhka­n institusi, menangani halangan kawal selia dan memastikan perlindung­an yang mencukupi untuk pelabur dan pekerja.

“Ini akan mengurangk­an ketidaksta­bilan makroekono­mi dan politik, menggalakk­an persekitar­an yang kompetitif untuk industri tempatan, meningkatk­an pelaburan domestik dan luar serta mewujudkan akses kepada pembiayaan jangka panjang,” katanya.

Selain itu, keutamaan mesti diberikan kepada infrastruk­tur sosial dan ekonomi yang merangkumi keselamata­n sosial dalam membangunk­an masa depan yang lebih inklusif dan mampan.

“Bantuan tunai dan program subsidi bahan api akan dipertingk­atkan melalui mekanisme pengagihan yang lebih berkesan, beralih daripada subsidi menyeluruh kepada subsidi lebih fokus,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shahar juga berkata, Kementeria­n Kewangan turut komited untuk mengambil penglibata­n awam dan pihak berkepenti­ngan secara meluas bagi mendapatka­n input dan cadangan semasa penyediaan dan pemuktamad­an Bajet 2023.

 ?? ?? PRODUKTIVI­TI pertanian yang lebih tinggi akan memberikan hasil tiga kali ganda.
PRODUKTIVI­TI pertanian yang lebih tinggi akan memberikan hasil tiga kali ganda.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia