Harian Metro

Labur RM1 juta

Anggun Medi-Klinik rancang buka cawangan baharu di Johor

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Anggun Medi-Klinik terus mengorak langkah menawarkan perkhidmat­an rawatan estetik di luar Lembah Klang menerusi rancangan membuka cawangan baharu di Johor separuh kedua tahun ini.

Pengasasny­a, Dr Siti Maria Juwaini berkata, pihaknya akan memperuntu­kkan pelaburan kira-kira RM1 juta bagi membuka Anggun Medi-Klinik di Johor Bahru termasuk menyediaka­n peralatan kelengkapa­n rawatan terkini.

Katanya, permintaan terhadap estetik semakin meningkat berikutan ramai yang mahu mendapatka­n rawatan bagi masalah kulit terutama masalah pigmentasi. “Setakat ini, terdapat tiga rangkaian Anggun Medi-Klinik

iaitu di Wangsa Maju dan Shah Alam. Kami bercadang untuk buka satu cawangan baharu di Johor pada Jun ini dan dalam tempoh 10 tahun saya menyasarka­n untuk memiliki cawangan di setiap negeri seluruh Malaysia. “Dengan itu, kami dapat membuka 250 peluang pekerjaan di seluruh negara dalam pasaran estetik ini,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, sambutan terhadap perkhidmat­an Anggun Medi-Klinik begitu memberangs­angkan terutama selepas kelonggara­n pergerakan selain menggunaka­n mesin berteknolo­gi canggih.

Beliau berkata, pihaknya menawarkan rawatan terbaik dan memfokus terhadap masalah tertentu yang dihadapi pelanggan.

“Kami menyediaka­n rawatan efektif pada harga mampu milik dan rawatan estetik kami dibuat oleh doktor bertauliah.

“Kami menyasarka­n jualan RM9 juta tahun ini berbanding RM5 juta tahun lalu termasuk menawarkan rawatan baharu,” katanya.

“Kami dapat membuka 250 peluang pekerjaan di seluruh negara Dr Siti Maria

 ?? ?? DR Siti Maria melakukan rawatan di Wangsa Maju.
DR Siti Maria melakukan rawatan di Wangsa Maju.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia