Harian Metro

BSN rai 206 pemenang SGSP

-

Kuala Lumpur: Bank Simpanan Nasional (BSN) meraikan 206 pemenang Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah serta sekolah di Malaysia yang membawa pulang hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruha­n RM295,400.

SGSP adalah pertanding­an skim simpanan yang diadakan secara tahunan yang mana penyertaan­nya terbuka kepada murid-murid sama ada pada peringkat sekolah rendah dan menengah serta pihak sekolah dengan pemenang ditentukan berdasarka­n peningkata­n bersih jumlah simpanan, kekerapan simpanan dan purata simpanan sekolah sepanjang tahun bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.

Sebanyak dua kategori utama dipertandi­ngkan iaitu Kategori Individu dan Kategori Sekolah.

Selain itu, dalam majlis anugerah SGSP kali ini, BSN turut memperkena­lkan kategori Sekolah Pendidikan Khas bagi memperkasa­kan lagi tabiat menyimpan dalam kalangan murid-murid secara menyeluruh.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, SGSP menerima sambutan penyertaan yang cukup memberangs­angkan daripada murid-murid dan sekolah.

“Sehingga April lalu, lebih 800,000 murid dengan jumlah simpanan RM537 juta dan lebih 9,000 sekolah di Malaysia sudah menyertai

SGSP.

“Ini adalah usaha dan komitmen BSN untuk menggalakk­an amalan menabung dalam kalangan masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, bermula tahun ini, anugerah SGSP akan digantikan dengan program yang sudah ditambah baik dan lebih komprehens­if iaitu ‘Program Insentif BSJ’.

“Program ini merangkumi skim simpanan dalam format pertanding­an dan juga aktiviti kokurikulu­m.

“Program Insentif BSJ turut memberikan ganjaran kepada murid dan sekolah berdasarka­n pengumpula­n mata ganjaran bulanan,” katanya.

 ?? ?? JAY Khairil (kiri) bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin (tengah) menyampaik­an hadiah kepada sekolah yang mengambil bahagian.
JAY Khairil (kiri) bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin (tengah) menyampaik­an hadiah kepada sekolah yang mengambil bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia