Harian Metro

Rebut ganjaran buka akaun AmBank secara digital

-

Kuala Lumpur: Pelanggan baharu kini boleh menikmati pembukaan akaun digital AmBank yang lancar selain berpeluang memenangi ganjaran bernilai sehingga RM1.69 juta melalui kempen AmRewards 2.0 selama 14 bulan yang berakhir pada 28 Februari tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, ini masa terbaik untuk membuka akaun dengan AmBank, terutama apabila pelanggan boleh melakukann­ya mengikut keselesaan mereka pada bila-bila masa dan di mana jua.

“Antara muka pengguna serta pengalaman aplikasi AmOnline sudah dipertingk­atkan untuk lebih intuitif dan lancar.

“Berikutan sambutan menggalakk­an daripada pelanggan, Kumpulan AmBank

memutuskan untuk membawa kembali kempen AmRewards selain turut menawarkan hadiah hebat secara eksklusif untuk pelanggan baharu bank yang membuka Akaun Simpanan AmWafeeq-i semasa tempoh kempen,” katanya dalam kenyataan.

Kempen AmRewards 2.0 menawarkan hadiah seperti Porsche Macan, BMW 3 series dan jam tangan mewah Swiss.

Peraduan ini terbuka kepada semua pemegang Akaun Simpanan-i AmWafeeq AmBank Islamic, untuk kedua-dua pelanggan sedia ada dan baharu bank.

Pelanggan baharu juga berpeluang memenangi iPhone 13 (128 gigabait) terbaharu atau jongkong emas 999 (10 gram) atau hadiah wang tunai RM200 setiap bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia