Harian Metro

Budak maut akibat ‘serangan’ kutu

-

Washington: Ibu dan nenek kepada seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun didakwa dengan pembunuhan tahap pertama selepas budak itu meninggal dunia akibat gejala berkaitan dengan serangan kutu yang teruk.

Mangsa ditemukan tidak bertindak balas oleh paramedik yang dipanggil ke rumahnya di Tucson, Arizona, ‘dengan sejumlah besar pepijat di mukanya’, menurut dokumen mahkamah.

Penyiasat memberitah­u, selepas pemeriksaa­n lebih lanjut, didapati terdapat sejumlah besar kutu di rambut kanak-kanak berkenaan.

Sandra Kraykovich, 38, dan Elizabeth Kraykovich, 64, didakwa dengan pembunuhan tahap pertama, meskipun pada mulanya ditangkap kerana penderaan kanak-kanak.

Dalam temu bual dengan polis, Sandra dilaporkan berkata, anak perempuann­ya mengalami anemia dan sakit, sejak 15 Mac lalu.

Mangsa dikatakan menunjukka­n gejala termasuk kesukaran bernafas, demam, sakit kepala, sakit tekak dan masalah keseimbang­an.

Menurut bedah siasat, kanak-kanak itu meninggal dunia akibat anemia yang berkaitan dengan jangkitan kutu dan kekurangan zat makanan menyumbang kepada kematianny­a.

Seorang daripada adik-beradik mangsa dikatakan memberitah­u polis, ibunya cuba merawat masalah kutu itu dengan menggunaka­n ubat kumur. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia