Harian Metro

Vkusno & Tochka ‘ganti’ McDonald’s

-

Moscow: Ia mungkin kelihatan seperti McDonald’s tetapi kini ia dikenali sebagai Vkusno & Tochka.

Era baharu bagi suasana makanan segera dan ekonomi Rusia bermula pada Ahad apabila restoran McDonald’s di Rusia membuka pintu mereka di Moscow di bawah pemilikan baharu dan dengan nama baharu yang diterjemah­kan sebagai ‘Sedap dan itu sahaja.’

Pembukaan kedai dijenamaka­n semula, lebih tiga dekad selepas gergasi burger Amerika itu mula-mula membuka pintunya di Moscow.

Rantaian makanan segera McDonald’s keluar dari negara itu kerana konflik di Ukraine.

Pada Ahad, puluhan orang beratur di luar restoran yang dahulunya restoran utama McDonald’s di Dataran Pushkin di pusat bandar raya Moscow.

Kedai itu memaparkan logo baharu, burger bergaya dengan dua kentang goreng ditambah slogan, ‘Nama berubah, cinta kekal.’

Barisan itu jauh lebih kecil daripada ribuan orang yang berpusu-pusu ketika pembukaan McDonald’s di lokasi itu pada 1990, ketika era Kesatuan Soviet.

“Kami perlu mengelak kejatuhan dalam kualiti, supaya semuanya kekal seperti sebelumnya kerana kami menyukai McDonald’s,” kata pekerja IT, Sardana Donskaya, 32.

Saiz hidangan ditawarkan Vkusno & Tochka lebih kecil dan tidak menawarkan Big Mac serta beberapa burger serta pencuci mulut lain seperti McFlurry. - Reuters

Papar logo baharu ditambah slogan, ‘Nama berubah, cinta kekal’

 ?? ?? WANITA berdiri di depan iklan Vkusno & Tochka. - Reuters
WANITA berdiri di depan iklan Vkusno & Tochka. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia