Harian Metro

Tergamam pengantin lelaki pukul isteri

-

Tashkent: Tular video pengantin lelaki memukul kepala pengantin wanita dalam satu majlis perkahwina­n di Uzbekistan.

New York Post melaporkan, pengantin lelaki bertindak memukul pasanganny­a ketika permainan semasa majlis perkahwina­n mereka.

Rakaman tular itu menunjukka­n lelaki yang baru berkahwin itu memukul isteri di hadapan tetamu yang ketakutan.

Ia berlaku ketika pengapit masing-masing berdiri di samping pasangan berkenaan.

“Tiada siapa yang menghalang­nya, tiada siapa yang (cuba) mempertaha­nkannya,” menurut ciapan seorang saksi, pada Ahad.

Dia meminta peguam untuk menyiasat insiden itu bagi memastikan pengantin lelaki bertanggun­gjawab.

Detik mengejutka­n itu berlaku ketika pertanding­an antara pasangan pengantin berkenaan.

Klip berdurasi 30 saat menunjukka­n wanita itu menewaskan suaminya dalam permainan itu dan ia mendorongn­ya untuk mengangkat tangannya menandakan dia menang.

Orang ramai kemudian mula bersorak seketika apabila pengacara memuji pengantin perempuan.

Pengantin lelaki kemudian tiba-tiba dilihat mengangkat tangan kirinya dan memukul kepala pengantin perempuan.

Tetamu segera terdiam dan pengapit pengantin lelaki kelihatan memandang telefonnya.

Klip itu kemudian menunjukka­n pengantin perempuan yang dipukul itu, dibantu turun dari pentas oleh pengapitny­a dan wanita lain.

Beberapa pengguna Twitter menasihatk­an wanita itu untuk meninggalk­an suaminya itu. - Agensi

 ?? ?? TANGKAP layar video yang tular menunjukka­n insiden berkenaan.
TANGKAP layar video yang tular menunjukka­n insiden berkenaan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia