Harian Metro

BANYAK WARNA LAGI MAHAL

Pipit 7 warna burung bersaiz kecil jadi pilihan kerana aktif, bersuara lembut

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@mediaprima.com.my

Gouldian Finch atau lebih dikenali sebagai pipit tujuh warna di negara ini antara spesies burung yang unik dan cantik.

Apa tidaknya, burung yang berasal dari Australia ini memiliki bulu yang berwarna-warni termasuk biru, ungu, kuning, merah, hitam,dan hijau sehingga menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan.

Mempunyai ukuran panjang boleh mencapai sehingga 15 sentimeter dari paruh sehingga hujung ekor serta berat 14 gram, burung ini boleh dikategori­kan sebagai burung bersaiz kecil.

Biarpun begitu, karakter burung ini yang aktif dan memiliki suara lembut dan menenangka­n.

Wan Mohd Azrulwadi Wan Hamat Zawawi,

45, antara peminat dan pembiak burung Gouldian Finch baka tempatan yang cukup disegani di negara ini.

Kini, dia sudah memiliki kira-kira 50 pasang burung spesies ini yang dipelihara bersama rakannya,

Rusidil Bukhari Abdullah di Kampung Padang

Balang, Gombak, Kuala

Lumpur dan Gua Musang, Kelantan.

Bapa kepada seorang cahaya mata ini mula memelihara burung berwarna-warni sejak 10 tahun lalu sebagai hobi kerana tertarik dengan warna yang menyerlah berbanding burung lain.

Kemudian dia mula berjinak-jinak membiakkan burung spesies ini untuk baka tempatan.

Wan Mohd Azrulwadi berkata, pada mulanya, dia sekadar menternak burung terbabit sebagai haiwan peliharaan hanya sekadar untuk mengisi masa lapang.

Katanya, warna yang terdapat pada bulu burung ini, menjadikan ia sebagai pilihan.

“Apabila diletakkan di dalam sangkar, burung ini memang tidak duduk diam dan akan sentiasa melompat dan terbang.

“Melihat burung ini sentiasa bergerak, ia dapat memberi ketenangan dan keterujaan kepada sesiapa sahaja melihatnya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, penjagaan burung ini sangat mudah dan tidak membabitka­n kos tinggi bergantung kepada jumlah burung yang dipelihara.

“Pemiliknya perlu menyediaka­n air bersih yang tidak mempunyai klorin dan makanan burung diberikan dalam tempoh dua hari sekali kerana ia tidak makan banyak.

“Seminggu sekali, saya akan berikan makanan lembut iaitu telur dicampur dengan sayur (brokoli dan lobak) yang sudah dihancurka­n,” katanya.

Selain itu, dia turut memberikan vitamin dan makanan tambahan untuk tumbesaran dan kekal sihat.

“Setiap tiga bulan sekali, ubat cacing diberikan untuk mencegah penyakit cacing,” katanya.

Katanya, kebiasaann­ya dia akan membersihk­an sangkar burung pada setiap dua hari sekali untuk mencegah jangkitan penyakit.

“Najis burung dibersihka­n sebelum disembur dengan cecair pembasmi kuman. Apabila kebersihan diutamakan, amat sukar burung ini dijangkiti penyakit.

“Biasanya untuk kenal pasti burung sakit ialah apabila ia dilihat tidak aktif, bulu kembang dan warna najis yang berbeza. Apabila keadaan ini berlaku, burung akan diasingkan untuk dirawat,” katanya.

Disebabkan burung ini aktif, pemilik perlu menyediaka­n sangkar yang mempunyai saiz bersesuaia­n dengan jumlah burung.

“Untuk pelihara sekadar hobi, sangkar bersaiz

0.6 meter sesuai untuk menempatka­n sehingga enam burung. Manakala, untuk tujuan pembiakan, setiap sangkar pada saiz sama perlu diletakkan sepasang burung jantan dan betina yang disertakan bersama kotak sarang dan rumput.

“Sangkar boleh diletakkan di dalam atau di luar rumah, kerana bunyi burung ini lembut dan tidak mengganggu,” katanya.

Ditanya berkenaan proses pembiakan burung ini, dia mengakui ia bukan tugas mudah kerana haiwan ini berasal dari luar negara.

“Saya mengambil masa agak lama sehingga berjaya menghasilk­an baka tempatan yang lebih tahan lasak berbanding yang diimport dari luar negara,” katanya.

Jelasnya, bermula dari hobi, dia melihat ia mempunyai potensi untuk menjana pendapatan kerana mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat burung di negara ini.

“Harga burung ini dinilai berdasarka­n warna yang boleh mencecah sehingga RM700 sepasang.

“Alhamdulil­lah sehingga kini, sambutan yang diberikan sangat menggalakk­an dari seluruh negara. Malah ada yang sudah membuat tempahan awal biarpun telur masih belum menetas,” katanya.

Melihat burung ini sentiasa bergerak, ia dapat memberi ketenangan dan keterujaan kepada sesiapa sahaja melihatnya

WAN MOHD AZRULWADI

 ?? ??
 ?? FOTO | FATHIL ASRI & IHSAN WAN MOHD AZRULWADI WAN HAMAT ZAWAWI ?? SERING menjadi pilihan peminat burung.
FOTO | FATHIL ASRI & IHSAN WAN MOHD AZRULWADI WAN HAMAT ZAWAWI SERING menjadi pilihan peminat burung.
 ?? ?? BURUNG Gouldian Finch sesuai dipelihara oleh semua peringkat usia.
BURUNG Gouldian Finch sesuai dipelihara oleh semua peringkat usia.
 ?? ?? BERSAMA Rusidil Bukhari (kanan) yang turut berkongsi minat sama.
BERSAMA Rusidil Bukhari (kanan) yang turut berkongsi minat sama.
 ?? ?? MAKANAN lembut diberikan seminggu sekali.
MAKANAN lembut diberikan seminggu sekali.
 ?? ?? BURUNG Gouldian Finch baka tempatan lebih tahan lasak.
BURUNG Gouldian Finch baka tempatan lebih tahan lasak.
 ?? ?? SENTIASA memastikan sangkar dalam keadaan bersih.
SENTIASA memastikan sangkar dalam keadaan bersih.
 ?? ?? WARNA kuning dan biru mempunyai nilai yang tinggi.
WARNA kuning dan biru mempunyai nilai yang tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia