Harian Metro

Penalti Modric benam Perancis

-

Paris: Penalti awal Luka Modric memastikan Croamenang tia 1-0 ke atas Perancis di Paris, semalam, ketika juara Piala Dunia itu menamatkan perlawanan Liga Negara-Negara UEFA bulan ini tanpa kemenandal­am gan empat perlawanan.

Pemain veteran yang juga kapten pasukan, Modric menyempurn­akan penalti hanya selepas lima minit di Stade de France dengan pasukan tuan rumah gagal menemui sentuhan gol penyamaan biarpun Kylian Mbappe kembali menyertai Karim Benzema dalam kesebelasa­n utama.

“Kami merasa seperti hilang keyakinan menentang Perancis selepas kemenangan mereka di Piala Dunia, namun menang di Stade de France di hadapan lebih 80,000 penonton mengatasi juara dunia itu adalah luar biasa,” kata jurulatih Croatia, Zlatko Dalic.

Perancis memenangi gelaran Liga Negara-Negara UEFA pada edisi sebelum ini, namun mereka hanya berjaya memperoleh dua mata dari empat perlawanan bulan ini dengan kekalahan di tempat sendiri menentang Denmark dan Croatia serta seri di tempat lawan bertemu Croatia dan Austria.

Hasil keputusan itu, Les

Bleus kini menghuni tangga tercorot Liga A Kumpulan 1, tujuh mata di belakang pendahulu Denmark yang menewaskan Austria 2-0 di Copenhagen menerusi jaringan pada babak pertama oleh Jonas Wind dan Andreas Skov Olsen.

Pasukan Didier Deschamps kini perlu memenangi dua perlawanan terakhir kumpulan pada September ini bagi mengelak diturunkan ke Liga B yang kurang popular.

Perlawanan berkenaan menjadi aksi terakhir sebelum mereka mula mempertaha­nkan trofi Piala Dunia menentang Australia di Qatar pada November depan. - AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia