Harian Metro

Sasar 7 pingat emas

MOM yakin sasaran mampu dicapai berdasarka­n prestasi terkini atlet

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@ hmetro.com.my

Kontinjen Malaysia mahu mengulangi pencapaian edisi lalu di Gold Coast apabila meletakkan sasaran tujuh pingat emas untuk negara di temasya Komanwel Birmingham yang akan berlangsun­g pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Walaupun kontinjen negara pada temasya kali ini semakin mengecil, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria optimis pencapaian terbabit mampu dicapai berdasarka­n prestasi terkini atlet di temasya Sukan Sea Hanoi di Vietnam baru-baru ini.

Beliau berkata, kontinjen Malaysia mempertaru­hkan 102 atlet dengan sasaran emas daripada sukan badminton, gimrama, boling padang, angkat berat, skuasy dan powerlifti­ng para.

“Pada edisi kali ini, kekurangan atlet disebabkan faktor tiada wakil untuk sukan menembak manakala Konfederas­i Hoki Malaysia (KHM) pula turut tidak menghantar pemain mereka sekali gus menyebabka­n kekurangan 54 atlet.

“Persekutua­n Sukan Komanwel memperuntu­kkan 94 slot kuota kepada Malaysia dan jawatankua­sa pemilihan menyenarai­kan 47 atlet kategori A manakala 11 lagi adalah kategori B. Selebihnya adalah 37 atlet sudah layak secara merit membabitka­n sukan ragbi 7 sebelah, pingpong, angkat berat dan powerlifti­ng para.

“Terdapat 11 lagi atlet dalam senarai menunggu dan mereka yang akan dipilih nanti adalah atlet muda serta cemerlang pada temasya Sukan Sea Hanoi,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Pemilihan Temasya Sukan Komanwel di MOM, semalam.

Mengikut rekod, penyertaan seramai 102 atlet Malaysia pada Sukan Komanwel kali ini paling sedikit untuk tempoh 10 tahun lalu apabila edisi lalu mencatatka­n 178 atlet menyertai temasya berkenaan manakala 2014 (179 atlet), 2010 (198 atlet) dan 2006 (162 atlet).

Pada edisi 2018 menyaksika­n kontinjen Malaysia membawa pulang tujuh emas, lima perak dan 12 gangsa. Sementara itu, Norza berkata, pada mesyuarat jawatankua­sa itu juga memilih pemain skuasy wanita nombor satu negara, S Sivasangar­i sebagai pembawa Jalur Gemilang.

“Kontinjen Malaysia mempertaru­hkan 102 atlet Norza

 ?? ?? SIVASANGAR­I (kanan) dilantik sebagai pembawa Jalur Gemilang di Birmingham.
SIVASANGAR­I (kanan) dilantik sebagai pembawa Jalur Gemilang di Birmingham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia