Harian Metro

Pastikan persiapan pada tahap optimum

-

Kuala Lumpur: Ketua kontinjen negara (CDM) ke Sukan Komanwel 2022 Datuk Shahrul Zaman Yahya (gambar) akan melakukan pemantauan dengan melawat pusat latihan atlet bagi memastikan persiapan mereka berada pada tahap optimum.

Shahrul berkata, ketika ini persiapan atlet negara berjalan lancar dan dilihat mereka giat memperting­katkan prestasi masing-masing bagi memastikan kontinjen negara meraih keputusan positif.

Beliau berkata, sasaran tujuh emas yang diletakkan pada edisi kali ini tidak dilihat membebanka­n atlet namun optimis mereka mampu mencapai matlamat itu.

“Berkaitan sasaran tujuh pingat emas, kita sudah berjumpa dengan atlet dan mereka giat melakukan persiapan bagi memastikan ia dicapai. Kita mahu atlet tampil lebih meyakinkan pada kali ini walaupun bilangan mereka tidak ramai namun kualiti ditampilka­n mereka cukup meyakinkan kita,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Pemilihan Temasya Sukan Komanwel di MOM, semalam.

Mengikut rekod, penyertaan seramai 106 atlet Malaysia pada Sukan Komanwel kali ini paling sedikit untuk tempoh 10 tahun lalu apabila edisi lalu mencatatka­n 178 atlet menyertai temasya berkenaan manakala 2014 (179 atlet), 2010 (198 atlet) dan 2006 (162 atlet).

Pada edisi 2018 menyaksika­n kontinjen Malaysia membawa pulang tujuh emas, lima perak dan 12 gangsa.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia