Harian Metro

Sukan permotoran mampu cipta nama

-

Sepang: Malaysia tidak pernah ketandusan bakat pelumba sukan permotoran terutama dua roda yang mampu mencipta nama di pentas antarabang­sa.

Hal ini berdasarka­n kepada pelumba yang pernah mencipta fenomena di negara ini seperti Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, Wazi Abdul Hamid dan Hafizh Syahrin Abdullah apabila mereka sudah membuktika­n kemampuan di pentas Asia mahupun dunia.

Malah, ketika ini pembikinan bakat baharu seperti Syarifuddi­n Azman,

Danial Syahmi Ahmad Shahril, Hakim Danish Ramli termasuk jaguh cilik tetap giat berjalan.

Cumanya, sukan permotoran memerlukan perbelanja­an yang besar dan andai tidak disokong dan dibantu, ke mana hala tuju kelompok bakat ini walaupun perancanga­n sudah dilakukan sebaiknya sehingga ke persada Kejuaraan Motosikal Dunia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, beliau melihat Malaysia sejak dulu lagi mempunyai potensi bakat sukan permotoran yang amat tinggi namun kejayaan industri ini perlu didokong dan dibantu pihak swasta dan korporat.

“Daripada dulu lagi, kita ada Alex Yoong (empat roda) yang bermula daripada usia yang begitu muda, dalam rally, kita ada Karamjit Singh. Ini bermaksud rakyat Malaysia yang berbakat dalam sukan permotoran ini cukup ramai.

“Sekiranya dalam dua roda, kita ada Wazi. Jadi apa yang kita perlu sekarang ini adalah lebih banyak pendedahan dan pembabitan daripada pihak swasta mahupun korporat yang dapat menyumbang atau menaja pelumba kita ini.

“Bakat kita tak kurang tetapi kerana sukan ini memerlukan belanja yang agak besar, jadi saya kira, jika kita dapat lebih banyak penaja masuk menaja pelumba kita, orang Malaysia boleh pergi jauh dalam dunia permotoran,” kata Ahmad Faizal pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Pusat Pengalaman Pemanduan di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

 ?? FOTO Bernama ?? FAIZAL Azumu (dua dari kanan) ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Pengalaman Pemanduan ‘Driving Experience Centre (DEC)’ di Litar Sepang, semalam.
FOTO Bernama FAIZAL Azumu (dua dari kanan) ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Pengalaman Pemanduan ‘Driving Experience Centre (DEC)’ di Litar Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia