Harian Metro

Perak FC enggan letak impian terlalu tinggi

-

Kuala Lumpur: Dijangka tampil berwajah baharu selepas pintu perpindaha­n kedua pemain, moral Perak FC jelas berada di tahap terbaik menjelang pusingan kedua Liga Perdana.

Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah bagaimanap­un tidak mahu meletakkan impian terlalu tinggi sebaliknya memilih layak ke Piala Malaysia musim ini sebagai sasaran paling realistik.

“Saya harap buat yang terbaik bagi baki sembilan perlawanan dan mahu melihat dari satu ke satu perlawanan. Kami kena sedar kedudukan Perak masih negatif tiga mata dan paling realistik serta apa yang kita mampu lakukan ialah mendapatka­n slot ke Piala Malaysia.

“Itu mungkin sasaran utama pasukan kerana dalam sembilan perlawanan ini, sudah pasti pasukan di atas kita bakal meraih kemenangan serta kekalahan. Jadi kami kena guna kesempatan ini bagi memperbaik­i kedudukan pasukan sebelum Liga Perdana berakhir September nanti,” katanya.

Perak mencatatka­n dua kemenangan setakat ini namun pemotongan sembilan mata susulan kegagalan melunaskan baki tunggakan gaji selepas dua kali tarikh akhir diberikan.

Mereka gagal menjelaska­n pembayaran baki tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan utama serta Reserve Team berdasarka­n Akuan Berkanun (15 Disember 2021) bagi semua tunggakan setakat November 2021.

Namun, pengurusan baharu Perak menyelesai­kan kemelut yang berlaku dengan melunaskan segala tunggakan gaji pemain serta pegawai pada Mei lalu.

Buat masa ini, pengurusan baharu Perak dalam proses menyelesai­kan isu sekatan perpindaha­n dan Yusri berkeyakin­an mereka mampu selesaikan­nya sebelum pintu perpindaha­n kedua ditutup.

“Saya rasa 14 pemain baharu iaitu semua tonggak tempatan dapat didaftarka­n sebelum 24 Jun ini. Pengurusan sedaya upaya memastikan sekatan perpindaha­n yang kita lalui dapat dibuka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia