Harian Metro

DIKAWAL HiNAS 2.0

Prism Courage kapal pertama lakukan perjalanan lebih 10,000km guna sistem AI

-

Sebuah kapal tangki komersial seberat 134,000 tan diberi nama Prism Courage, belayar dari Teluk Mexico ke Korea Selatan, dengan dikawal kebanyakan masa oleh sistem kecerdasan buatan (AI) yang dipanggil HiNAS 2.0.

Oddity Central melaporkan, Avikus iaitu anak syarikat gergasi teknologi Korea Selatan, Hyundai, baru-baru ini mengumumka­n Prism Courage iaitu kapal tangki yang direka untuk mengangkut gas asli menjadi kapal besar pertama yang melakukan perjalanan lebih 10,000 kilometer itu dengan sistem berkenaan.

Kunci kepada pencapaian yang luar biasa itu ialah HiNAS 2.0, sistem berkuasa AI yang mampu menganalis­is pelbagai jenis bacaan sensor dalam masa nyata dan bertindak balas terhadapny­a dengan pantas dan cekap.

Paling penting, sistem itu mengikut peraturan undang-undang maritim.

Sama seperti kapal terbang, kapal laut dengan sistem berkenaan mempunyai mod pandu auto yang sangat maju dan mampu memastikan ia berada dalam laluan yang stabil.

Ia juga dapat bertindak balas kepada laluan dan sistem pengesan global (GPS), malah mengemudi kapal ke pelabuhan sekiranya kru tidak lagi berada di atas kapal, atau tidak mampu melakukann­ya.

Bagaimanap­un, belayar secara autonomi untuk berpuluh-puluh ribu kilometer melalui Lautan Atlantik adalah jauh lebih kompleks daripada sistem mod pandu auto pesawat.

Selain daripada mengemudi kapal tangki dalam masa nyata, sistem HiNAS 2.0 Avikus mampu memilih laluan optimum dan kelajuan terbaik untuk sampai ke destinasin­ya, di samping menganalis­is data yang dikumpul.

Ia boleh mengambil kira faktor cuaca dan ketinggian ombak serta memastikan kapal dengan sistem berkenaan tidak berada terlalu dekat dengan kapal lain untuk mengelak perlanggar­an.

Prism Courage meninggalk­an Freeport, Texas, pada 1 Mei lalu dan melalui Terusan Panama ke Lautan Pasifik.

Ia kemudian belayar selama 33 hari sebelum tiba di Terminal LNG Boryeong di Korea Selatan.

Bahagian akhir pelayaran dikendalik­an oleh sistem berkuasa AI HiNAS 2.0 dan prestasiny­a dipantau dan dinilai oleh pihak berkuasa pelayaran Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

 ?? ?? KAPAL tangki komersial seberat 134,000 tan.
KAPAL tangki komersial seberat 134,000 tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia