Harian Metro

Soon Huat-Shevon cipta kejutan di Terbuka Indonesia

-

Kuala Lumpur: Pasangan beregu campuran profesiona­l negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mencipta kejutan apabila menewaskan pilihan utama kejohanan Dechapol Puavaranuk­rohSapsire­e Taerattana­chai di Terbuka Indonesia semalam.

Jelas sekali pasangan negara itu yang berada di ranking 13 dunia beraksi cemerlang untuk memastikan tempat ke pusingan seterusnya menerusi perlawanan tiga set 21-18, 7-21, 2220 yang berlangsun­g di Stadium Senayan, Jakarta.

Walaupun diberikan tentangan sengit pada set penentuan, namun pengalaman yang dimiliki pasangan itu berjaya mengekalka­n rentak permainan sebelum menghantar pulang lawannya yang berada di ranking pertama dunia.

Sementara itu, jaguh perseorang­an lelaki negara Lee Zii Jia tidak berhadapan masalah untuk melangkah ke pusingan kedua selepas mencatatka­n kemenangan menentang wakil dari Thailand Sitthikom Thammasin.

Zii Jia menampilka­n permainan cukup menyakinka­n apabila mudah menundukka­n lawannya itu menerusi pungutan mata 21-15,21-14. Dia diletakkan sebagai pilihan keenam untuk menjuarai kejohanan itu apabila hadir di Jakarta dengan reputasi tinggi selepas berjaya muncul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) dan Terbuka Thailand, bulan lalu.

 ?? ?? SOON Huat dan Shevon singkir pilihan utama kejohanan.
SOON Huat dan Shevon singkir pilihan utama kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia