Harian Metro

Op Noda tahan 11 individu

-

Kuantan: Seramai 11 individu termasuk sembilan warga asing ditahan dalam Op Noda di dua premis hiburan di bandar raya ini, Ahad lalu.

Mereka yang ditahan ialah dua lelaki tempatan yang juga penjaga premis hiburan manakala sembilan wanita warga asing dari negara jiran.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka yang ditahan berusia antara 21 dan 39 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati sembilan warga asing itu bekerja sebagai pegawai perhubunga­n pelanggan (GRO).

“Dalam kes ini, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 558 Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pendatang tanpa izin, Seksyen 308 Peraturan Imigresen 1959/83 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial,” katanta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia