Harian Metro

Bekas CEO saksi relevan

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy mungkin ada berbual dengan Datuk Seri Najib Razak mengenai pindaan terhadap Laporan Akhir Pengaudita­n syarikat pelaburan strategik negara itu.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah sebagai rakan subahat, Arul Kanda adalah saksi yang relevan untuk dipanggil kerana beliau berada dalam kedudukan untuk memberikan keterangan berhubung kelakuan rakan tertuduhny­a itu.

Sri Ram berkata, kata-kata yang diucapkan Najib kepada Arul Kanda akan sangat relevan untuk mewujudkan niat rasuah.

Katanya, bukti mengesahka­n bahawa Arul Kanda menghadiri mesyuarat pada 24 dan 25 Februari 2016 dan pada masa material, beliau adalah CEO manakala Najib adalah Pengerusi Lembaga Penasihat.

“Dia mengetahui perkara berkaitan tuduhan dengan hadir mesyuarat dan melalui komunikasi bersama dengan Najib. Dia juga mengetahui semua perbualan relevan mengenai pertuduhan.

“Oleh itu, mahkamah akan menentukan sama ada melalui keterangan itu, saksi (Arul Kanda) membuat penemuan yang benar apabila diperiksa oleh pasukan pendakwaan,” katanya.

Sri Ram berkata demikian ketika berhujah dalam permohonan pendakwaan unhati tuk memanggil Arul Kanda memberikan keterangan sebagai saksi pendakwaan terhadap Najib.

Peguam Datuk N Sivanantha­n ketika disoal Hakim Mohamed Zaini Mazlan sama ada Arul Kanda membantah permohonan pendakwaan berkata, anak guamnya bersedia untuk memberikan keterangan.

“Anak guam saya senang dengan permohonan itu,” katanya.

Sementara itu, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang membantah permohonan berkenaan berhujah pihak pendakwaan bertindak dengan niat jahat yang boleh menyebabka­n penyalahgu­naan proses mahkamah.

Beliau berkata, permohonan itu sepatutnya dibuat pada permulaan perbicaraa­n pada 2019 bagi mengelakka­n Arul Kanda mendengar keterangan saksi lain ketika perbicaraa­n.

Katanya, lebih-lebih lagi pihak pendakwaan sudah membayangk­an sejak awal melalui pernyataan pembukaan bahawa mereka berhasrat untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi pendakwaan.

“Pendakwaan sentiasa mengetahui bahawa keterangan Arul Kanda adalah perlu untuk menyokong kes mereka terhadap anak guam saya,” katanya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mohamed Zaini menetapkan 24 Jun ini untuk membuat keputusan.

Najib, 68, didakwa menggunaka­n kedudukann­ya untuk mengarahka­n pindaan dilakukan terhadap laporan akhir pengaudita­n 1MDB sebelum dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakka­n sebarang tindakan diambil terhadapny­a.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan berkenaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

 ?? ?? NAJIB hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/ROHANIS SHUKRI
NAJIB hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/ROHANIS SHUKRI
 ?? ?? ARUL Kanda
ARUL Kanda

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia