Harian Metro

Kemunculan jahiliah moden

Apabila dibandingk­an dengan keadaan pada zaman jahiliah sebelum kelahiran Rasulullah SAW dan dunia pada hari ini ada persamaann­ya

-

Masalah kejiwaan manusia pada masa kini memang tidak terbendung lagi. Kelihatan normal di luar dan fizikalnya, tetapi sebenarnya ada segelintir daripada mereka mempunyai masalah psikologi dan mental yang agak kronik. Hal ini sesuai dengan gambaran oleh al-Quran dalam Surah asy-Syams ayat 7 dan 8 yang bermaksud: “Dan jiwa serta penyempurn­aannya (penciptaan­nya). Maka Allah mengilhamk­an kepada jiwa itu (jalan) kejahatan dan ketakwaann­ya.”

Ayat terbabit memberikan isyarat, bahawa jiwa manusia memiliki kemampuan untuk memilih pelbagai kemungkina­n yang akan diambilnya, sama ada baik ataupun jahat. Hal itu berpaksika­n ilham yang dikurniaka­n oleh Allah SWT kepada seseorang manusia, dalam bentuk pengetahua­n yang memungkink­an dirinya menghadapi pelbagai masalah dan situasi.

Kita sedia maklum dan kerap membaca pelbagai berita dan hebahan mengenai perilaku manusia pada akhir zaman ini yang suka melakukan perkara pelik dan menjengkel­kan. Tidak lain tidak bukan ia bertujuan untuk mencari perhatian dan publisiti murahan supaya menjadi orang yang dikenali, bukan kerana jasanya atau kebaikanny­a, tetapi kontrovers­i dan tingkah laku pelik yang diciptanya.

Apabila dibandingk­an dengan keadaan pada zaman jahiliah sebelum kelahiran Rasulullah

SAW dan dunia pada hari ini ada persamaann­ya. Walaupun permulaan zaman jahiliah tidak ditentukan masa dan tempohnya. Ia juga tidak dicatatkan dalam mana-mana rekod bertulis mahupun bukti artifak mengenai masa bermulanya. Hanya ada sebahagian pakar sejarah Arab menyatakan ia berlaku sekitar 150 tahun sebelum kedatangan Islam. Namun begitu, al-Quran menyatakan zaman terbabit adalah sebelum turunnya kitab suci berkenaan kepada junjungan Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah Ali

Imran ayat 154 yang bermaksud: “Kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Allah menurunkan rasa aman kepadamu (berupa) keadaan mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu, sedangkan segolongan lagi, telah dicemaskan oleh diri mereka

sendiri; mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliah. Mereka berkata, “Adakah kami berhak campur tangan dalam urusan ini?” Katakanlah: “Sesungguhn­ya segala urusan itu di tangan

Allah”. Mereka menyembuny­ikan dalam hatinya apa yang tidak mereka jelas zaman ciri-ciri membawa jahiliah terangkan berikut: mempunyai maksud kepadamu”. bahawa Ini Zaman tidak mempunyai nabisendir­i dan kitab suci. Tidak mempunyai peradaban dan ketamaduna­n. Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Masyarakat­nya sebahagian­naya jahil dan tidak berilmu.

Adakah zaman sebegitu sudah kembali pada era moden yang serba canggih ini? Ramai yang melakukan tindak-tanduk menyamai zaman jahiliah. Penggunaan pelbagai media sosial dan isi kandungan yang dikongsi tidak terkawal termasuk melalui aplikasi YouTube, Tiktok,

Facebook dan Instagram. Sedangkan seseorang yang berakal waras boleh memanfaatk­an media sosial ini untuk kebaikan dan faedah orang lain. Ada segelintir golongan masyarakat yang membuat hantaran ke laman sosial secara langsung dengan beraninya menunjukka­n keaiban dan memalukan diri sendiri. Alangkah malangnya dan menyedihka­n, mereka adalah dalam kalangan masyarakat Islam sendiri.

Sebagai contoh, mereka mempromosi produk perniagaan mereka dengan cara yang amat bertentang­an dengan syarak, mendedahka­n aurat dan kehormatan diri di khalayak penonton dan pengguna laman sosial secara langsung tanpa rasa segan silu. Namun apabila diberikan teguran dan nasihat oleh pendakwah dan golongan asatizah, mereka berang dan

melemparka­n kata-kata kesat serta menganggap teguran yang diberikan itu sebagai menumpang populariti mereka. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 50: “Apakah hukum (peraturan) jahiliah yang dikehendak­i oleh mereka? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamanya)?”

Perbuatan menyebarka­n aib dan orang lain termasuk dalam perbuatan berdosa jika diteruskan dan diikuti oleh orang lain. Daripada Jarir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun dan sesiapa yang memulakan dalam Islam suatu sunah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun. (Hadis Riwayat Muslim)

Selain itu, ada juga dalam kalangan figura media sosial yang berpengaru­h, melakukan sesuatu perkara kemaksiata­n, tetapi kononnya atas dasar amal kebajikan untuk menderma, tetapi dengan jelas cara terbabit tidak mengikut landasan syarak yang ditetapkan oleh Islam. Sebagai contoh menonjolka­n dan mempromosi budaya lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) yang jelas bertentang­an dengan Islam dan norma hidup manusia. Ia ditontonka­n dalam video YouTube secara terang-terangan dalam bulan Ramadan. Seolah-olahnya tidak menghormat­i kemuliaan dan kesucian bulan yang mulia itu. Pakaian yang mencolok mata, perhiasan yang melampau dan tingkah laku yang menjelikka­n serta persembaha­n yang dipaparkan jelas menyamai sikap masyarakat jahiliah yang dihuraikan sebelum ini. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 33: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu dan laksanakan­lah solat, tunaikanla­h zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhn­ya Allah bermaksud hendak menghilang­kan dosa dari kamu, wahai ahlul-bait dan membersihk­an kamu sebersih-bersihnya.”

Ada sebahagian yang lain pula mempersend­akan agama untuk kepentinga­n peribadi mereka dan meraih sokongan yang banyak dengan menyebut bahawa hal-hal asas dalam agama seperti solat dan puasa tidak penting dan mereka dengan beraninya menyebut mereka tidak perlu menunaikan­nya. Ini jelas memperliha­tkan kesombonga­n dan keangkuhan walaupun mereka mempunyai kekayaan dunia yang banyak. Sebenarnya jiwa mereka kosong dan tercari-cari sesuatu dalam kehidupan. Tidak terkecuali juga golongan yang menganggap bahawa mendedahka­n aurat itu hak individu yang tidak perlu dicampuri, walaupun mereka menunaikan solat setiap hari. Allah memberikan amaran kepada mereka dengan firman-Nya dalam surah al-An'am ayat 70: “Tinggalkan­lah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatka­nlah (mereka) dengan al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam neraka), kerana perbuatann­ya sendiri. Tidak ada baginya pelindung dan pemberi syafaat (pertolonga­n) selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dengan segala macam tebusan apa pun, nescaya tidak akan diterima. Mereka itulah orang-orang yang dijerumusk­an (ke dalam neraka) kerana perbuatan mereka sendiri. Mereka mendapat minuman dari air yang mendidih dan azab yang pedih karena kekafiran mereka dahulu.”

Akhirnya, semoga Allah SWT memberikan hidayah petunjuk dan taufik kepada mereka dan kita semua supaya tidak mempersend­akan agama yang suci ini serta tidak kembali mengamalka­n budaya jahiliah yang jelas melanggar batasan agama dan norma hidup manusia yang berakal waras.

Penulis Profesor Madya Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

 ?? ??
 ?? ?? PERBUATAN menyebarka­n aib sendiri dan orang lain termasuk dalam perbuatan berdosa jika diteruskan serta diikuti oleh orang lain.
PERBUATAN menyebarka­n aib sendiri dan orang lain termasuk dalam perbuatan berdosa jika diteruskan serta diikuti oleh orang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia