Harian Metro

PAN-GON CIPTA MAGIS

TKHM bersama Kedai Ayamas serah barangan makanan kepada Persatuan Sindrom Down Kedah

- Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon enggan mendabik dada di atas kejayaanny­a membawa skuad negara layak secara merit ke Piala Asia 2023 kali pertama sejak 1980 dan menganggap dirinya hanya insan kecil dalam misi mengembali­kan kegemilang­an bola sepak Malaysia, lapor Firdaus Hashim

Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Bersama Kedai Ayamas semalam, meraikan 22 kanak-kanak naungan Persatuan Sindrom Down Kedah.

Rumah kebajikan persatuan itu turut menempatka­n kanak-kanak autisme yang dikendalik­an oleh tiga guru berpengala­man.

Pengarang Eksekutif (Kandungan) Harian Metro Muhamad Safar Ahmad berkata, program itu adalah siri jelajah bersama Kedai Ayamas dan kali ini, mereka menyantuni penghuni rumah persatuan berkenaan.

Muhamad Safar berkata, selain dapat menyantuni anak istimewa, program kebajikan itu turut memberi sumbangan barangan makanan kepada mereka.

“Kita ada beberapa lagi siri jelajah seperti ini dan esok (hari ini), kita akan ke Pulau Pinang mengadakan program sama.

“Sepanjang kita mengadakan program ini, banyak syarikat korporat yang menjadi rakan penaja kita malah kita amat berterima kasih kepada Kedai Ayamas atas sokongan sebagai penaja untuk program ini,” katanya ditemui di rumah kebajikan itu di Jalan Pegawai di sini.

Turut hadir Timbalan Pengurus Besar (Operasi) Kedai Ayamas Mohamad Izham Mohamad Haroun, Pengarang Berita Harian Metro merangkap Pengarah Projek Titipan Kasih Harian Metro Noor Azam Abd Aziz, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah Nor Asikin Ibrahim, Presiden Persatuan Sindrom Down Kedah Mohd Johari Hassan dan Pengurus operasi Kedai Ayamas (Cawangan Utara) Fauziah Ahmad Shaari.

Mohamad Izham pula berkata, ini tahun kedua Kedai Ayamas bersama Harian Metro menjayakan program TKHM.

Beliau berkata, pada masa sama, ini kali pertama program kerjasama itu diadakan di negeri ini.

“Tujuannya adalah untuk orang ramai tahu mengenai anak-anak istimewa ini di sini serta bersama-sama menceriaka­n mereka.

“Ada kalanya, mungkin mereka rasa dipinggirk­an dan kita akan rapatkan semula jurang ini,” katanya.

Sementara itu, Nor Asikin berkata, pihaknya berterima kasih kepada Harian Metro dan Kedai Ayamas yang bekerjasam­a melaksanak­an misi seperti ini.

Katanya, program TKHM Bersama Kedai Ayamas amat bagus dan kerjasama berkenaan mampu membantu golongan kurang bernasib baik untuk bersama-sama merasai kehidupan seperti individu lain.

“Bagi JKM Kedah, kita mengharapk­an lebih banyak syarikat dapat membantu memberi sumbangan seperti ini kepada pusat jagaan di bawah naungan JKM.

“Ia bukan saja menceriaka­n golongan ini malah membuatkan mereka rasa dihargai dan diberi perhatian,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? MUHAMAD Safar (kanan) menyaksika­n penyerahan sumbangan daripada Mohamad Izham (dua kanan) kepada Timbalan Presiden Persatuan Sindrom Down Kedah, Muhammad Khalil Ibrahim (kiri).
MUHAMAD Safar (kanan) menyaksika­n penyerahan sumbangan daripada Mohamad Izham (dua kanan) kepada Timbalan Presiden Persatuan Sindrom Down Kedah, Muhammad Khalil Ibrahim (kiri).
 ?? ?? MOHAMAD Izham
MOHAMAD Izham
 ?? ?? NOR Asikin
NOR Asikin
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia