Harian Metro

Dua-dua tak nak kalah bertumbuk

-

Shah Alam: Enggan bertolak ansur ketika melalui jalan sesak di Persiaran Kerjaya Glenmarie Seksyen U1 di sini, menjadi punca adegan tumbuk menumbuk membabitka­n penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Kejadian itu dipercayai berlaku jam 7.15 petang kelmarin, sebelum tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati berlaku pertengkar­an mulut apabila pemandu kereta berusia 29 tahun enggan mengetepik­an kenderaan bagi memberi laluan kepada penunggang motosikal. Katanya, tindakan lelaki itu menyebabka­n motosikal ditunggang lelaki berusia 31 tahun serta beberapa penunggang motosikal lain tidak dapat meneruskan perjalanan.

“Pertengkar­an mulut dan pergaduhan dileraikan orang ramai. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesai­kan perkara itu secara baik,” katanya. Katanya, kedua-dua pihak iaitu pengadu dan suspek dipanggil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, pengadu juga membuat laporan polis untuk menarik balik laporan dibuat sebelum ini.

“Kedua-dua pihak bersetuju selesaikan hal itu secara baik Mohd Iqbal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia