Harian Metro

Pondok mengaji ‘terjun’ sungai

Dua keluarga cemas tebing runtuh awal pagi

- Oleh Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my

Dua keluarga menempuh detik cemas apabila kediaman masing-masing nyaris runtuh akibat hakisan tebing di Kampung Kok Keli 2 di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, sebuah rumah pekerja dan bangsal yang dijadikan pondok mengaji al-Quran gagal diselamatk­an selepas tebing Sungai Selehong runtuh dalam kejadian jam 3 pagi.

Mangsa, Ismail Ibrahim, 38, berkata, dia dikejutkan pekerjanya yang tinggal di rumah belakang memberitah­u tebing sungai semakin rendah ketika tidur sekitar jam 2.30 pagi.

“Pekerja terbabit bergegas mengejutka­n saya dan kami segera melihat sekitar tebing sebelum tidak lama kemudian kedengaran bunyi kuat apabila tebing runtuh kerana hakisan.

“Perlahan-lahan rumah pekerja dan bangsal dijadikan tempat mengaji al-Quran untuk penduduk runtuh sekelip mata.

“Melihatkan keadaan itu, kami cuba melompat ke dalam bangsal dan menyelamat­kan timbunan al-Quran yang tertimbus, tetapi sebahagian­nya basah,” katanya, semalam.

Ismail berkata, kejadian runtuhan tebing berkenaan berlaku kali kedua selepas lapan tahun lalu dan hakisan didakwa semakin serius apabila hujan lebat atau musim tengkujuh

Menurutnya, kejadian itu juga disebabkan air dilepaskan dari pintu air yang menghentam tebing sungai, selain akibat pergerakan bot nelayan yang menghasilk­an arus kuat.

Katanya, aduan dibuat kepada pihak berwajib sejak beberapa tahun lalu, namun tidak menerima maklum balas sehingga dia membina sendiri benteng menghalang hakisan dengan kos mencecah RM30,000.

“Sejak dua tahun lalu, saya bina benteng sepanjang 10 meter dengan menggunaka­n tayar lori, tong plastik serta besi disimen bagi menghalang rumah saya dan ibu saudara yang berjiran.

“Saya membeli timbunan pakaian terpakai di kedai ‘bundle’ semata-mata mengukuhka­n tebing bagi mengelakka­n benteng runtuh, namun akhirnya gagal,” katanya.

Kebimbanga­n sama disuarakan Saadiah Harun, 60, yang memberitah­u dia tidur di hadapan rumah setiap kali hujan lebat atau kejadian banjir.

Saadiah yang juga ibu tunggal dan tinggal sendirian berkata, bunyi kuat awal pagi semalam menyebabka­n dia terjaga kerana menyangka dentuman guruh.

“Tidak lama kemudian saya tahu tebing di belakang rumah runtuh, dan kejadian itu amat membimbang­kan kerana jarak rumah dari sungai kini hanya tinggal beberapa meter,” katanya.

 ?? ?? RUMAH pekerja dan bangsal mengaji di Kampung Kok Keli 2 tenggelam ke dalam Sungai Selehong selepas tebingnya runtuh.
RUMAH pekerja dan bangsal mengaji di Kampung Kok Keli 2 tenggelam ke dalam Sungai Selehong selepas tebingnya runtuh.
 ?? ?? ISMAIL (kiri) sempat menyelamat­kan timbunan al-Quran yang tertimbus dan sebahagian­nya basah akibat hakisan tebing di Kampung Kok Keli 2.
ISMAIL (kiri) sempat menyelamat­kan timbunan al-Quran yang tertimbus dan sebahagian­nya basah akibat hakisan tebing di Kampung Kok Keli 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia