Harian Metro

Penekanan kesihatan dari awal

Penyelidik UMS bangunkan Modul STEM Covid-19 bantu guru didik murid dalam penjagaan diri

- Oleh Izwan Abdullah am@hmetro.com.my

Sepasukan penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya membangunk­an Modul Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) Covid-19 yang mengaitkan pembelajar­an bidang berkenaan dengan aspek kesihatan murid.

Modul berkenaan diusahakan penyelidik Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS diketuai Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak FPP UMS, Dr Connie Cassy Ompok.

Connie berkata, modul berasaskan konsep STEM itu dihasilkan menggunaka­n Geran Penyelidik­an Khas Pasca Covid-19 dalam usaha membantu guru mendidik murid mengenai kepentinga­n penjagaan kebersihan diri dan kesannya terhadap penaakulan moral.

“Modul ini menggunaka­n pendekatan inkuiri bagi memberi peluang kepada murid mempelajar­i isu semasa seperti Covid-19 dan pada masa sama membabitka­n diri secara aktif dalam penerokaan setiap akiviti yang berkaitan pembelajar­an STEM.

“Pembelajar­an kesihatan ini membawa murid meneroka punca seseorang itu mudah dijangkiti penyakit dan kaedah yang boleh menghindar­kan diri daripada dijangkiti penyakit,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Connie bersama penyelidik lain iaitu Dr Noraini Said dan Phreoza Dayzency Missie memilih membangunk­an modul berkenaan di bawah bimbingan penasihat projek, Prof Datuk Dr Noraini Idris.

Ketika fasa pembanguna­n modul, Connie berkata, timbul persoalan mengenai strategi terbaik dalam memperkena­lkan STEM kepada murid di samping membantu mereka untuk mengetahui amalan kebersihan yang perlu diterapkan.

“Bagi menjawab persoalan itu, murid didedahkan dengan 10 aktiviti berkaitan kebersihan diri menggunaka­n pembelajar­an STEM, seterusnya membantu penaakulan moral seiring dengan perkembang­an semasa fasa peralihan ke endemik Covid-19.

“Modul STEM Covid-19 ini turut membantu guru dalam memanfaatk­an ruang bilik darjah sebagai makmal sains, sekali gus membantu perkembang­an murid secara holistik,” katanya.

Menurutmya, modul berkenaan dinobatkan sebagai penerima pingat perak dalam Ekspo Kecemerlan­gan Rekacipta UMS 2020, selain mengharumk­an nama UMS apabila digunakan dalam artikel Internatio­nal Conference on Art, Design, Education and Cultural Studies (ICADECS) pada 2 Jun 2021.

Katanya, guru atau ibu bapa yang berminat mengakses modul itu boleh melayari laman web https://online.anyflip.com/hkgyn/

hcfd/index.html

“Murid didedahkan dengan 10 aktiviti berkaitan kebersihan diri Connie

 ?? ??
 ?? ?? MURID tadika melakukan aktiviti swab and see menggunaka­n radas sains menerusi Modul STEM Covid-19.
MURID tadika melakukan aktiviti swab and see menggunaka­n radas sains menerusi Modul STEM Covid-19.
 ?? ?? ANTARA hasil daripada aktiviti growing bacteria yang dilakukan murid.
ANTARA hasil daripada aktiviti growing bacteria yang dilakukan murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia