Harian Metro

‘Melepas’ RM20K angkara gajah liar

-

Kuala Berang: Seorang warga emas antara tujuh pekebun mendakwa mengalami kerugian selepas kebun yang diusahakan mereka di Bukit Tinggi, Kampung Teris, di sini, rosak akibat diceroboh sekumpulan gajah liar.

Pekebun, Mahamad Deraman, 67, berkata, ia adalah kali pertama apabila gajah menceroboh kebun buah-buahan termasuk nanas, pisang serta ubi kayu dan kelapa sawit di kawasan seluas dua hektar yang diusahakan­nya sejak 37 tahun lalu.

Menurutnya, kesemua 500 pokok pisangnya musnah sama sekali, selain pokok nanas, getah, sawit dan pokok buah-buahan turut dirosakkan gajah terbabit.

“Hasil jualan nanas yang dituai sejak sebulan lalu baru mencecah RM2,000 dan dijangka hasil tuaian nanas berakhir pada hujung Julai nanti, namun kesemuanya musnah akibat serangan gajah liar itu.

“Kejadian berlaku selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Jun lalu membabitka­n tujuh pekebun terutama pekebun kelapa sawit di kawasan itu.

“Sekiranya tanaman nanas tidak dirosakkan gajah terbabit, saya menjangkak­an jualan boleh mencecah RM20,000 namun saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya memaklumka­n kebunnya paling teruk terjejas dan pagar elektrik yang dipasang juga mengalami kerosakan. Rakannya, Mamat Ibrahim, 70, berkata, dia baru berjinak-jinak dalam bidang pertanian sejak dua tahun lalu, namun tidak menyangka akan melalui kejadian terbabit.

“Sebanyak 100 pokok kelapa sawit berusia setahun setengah dirosakkan gajah, namun saya bersyukur kerana tidak semua pokok musnah dan kejadian tidak akan mematahkan semangat saya,” katanya yang mengusahak­an tanaman sawit di tanah seluas 6.4 hektar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Loo Kean Seong berkata, pihaknya sedia maklum mengenai kehadiran gajah di kawasan berkenaan dan pemantauan serta kawalan sudah dilakukan sejak 30 Mei hingga 12 Jun lalu.

“Sebanyak 15 hingga 20 ekor gajah berkeliara­n di kawasan hutan Pelong, Setiu, bersempada­nan dengan daerah Hulu Terengganu,” katanya.

 ?? ?? MAHAMAD Deraman (kiri) bersama Mamat melihat sebahagian tanaman yang dirosakkan gajah liar yang menceroboh kebunnya.
MAHAMAD Deraman (kiri) bersama Mamat melihat sebahagian tanaman yang dirosakkan gajah liar yang menceroboh kebunnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia