Harian Metro

Perbarisan sempena pelantikan Fadlun

-

Putrajaya: Perbadanan Putrajaya (PPj) mengadakan Majlis Perbarisan Ulung sempena pelantikan Presiden baharu, Datuk Fadlun Mak Ujud di perkaranga­n Kompleks PPj di sini, semalam.

Melalui perkongsia­n dimuatnaik di laman rasmi Facebook PPj, ketibaan Fadlun diiringi pasukan berkuda PPj dan acara tabik hormat selain perbarisan anggota penguatkua­sa.

Pada majlis sama. beliau turut menyampaik­an amanat seterusnya bertemu dengan semua warga PPj yang hadir di Gerbang Kompleks PPj.

Pelantikan Fadlun sebagai Presiden merangkap Pengerusi PPj ke tujuh diumumkan Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada 10 Jun lalu bagi tempoh dua tahun berkuatkua­sa 1 Jun lalu.

Pelantikan Fadlun bagi menggantik­an Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutua­n bermula 15 Disember tahun lalu selaras dengan perenggan5 (1) (a) Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536).

Fadlun, 55, berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Perancanga­n Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan mempunyai 27 tahun pengalaman sebagai penjawat awam khususnya membabitka­n Pihak berkuasa tempatan (PBT).

 ?? ?? FADLUN
FADLUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia