Harian Metro

Kanak-kanak sindrom Down diajar kurikulum, ko-kurikulum

-

Alor Setar: Persatuan Sindrom Down Kedah (PSDK) yang ditubuhkan pada 19 Januari 2004 membantu ramai ibu bapa yang dikurniaka­n anak orang kurang upaya (OKU) sindrom Down untuk mendapat perhatian dan pembelajar­an sepenuhnya.

Pusat kebajikan itu yang terletak di Jalan Teratai 1, Jalan Pegawai di sini, adalah sebuah pertubuhan sukarelawa­n kebajikan (PSK) yang diiktiraf Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di peringkat negeri dan kebangsaan.

Presidenny­a, Mohd Johari Hassan berkata, setakat ini, 22 kanak-kanak dan remaja OKU sindrom Down berusia empat hingga 17 tahun ditempatka­n di pusat jagaan harian itu.

Katanya, pusat kebajikan itu umpama sekolah kerana semua penghuniny­a diajar dalam bidang kurikulum serta ko-kurikulum.

“Kita mempunyai tiga guru yang mengajar anak-anak sindrom Down serta autisme setiap hari dan kita nampak mereka sangat seronok berada di sini.

“Kita mengambil kanak-kanak yang tinggal di sekitar Alor Setar kerana lokasinya dekat. Namun, jika ada keluarga yang dikurniaka­n anak sindrom Down, mereka boleh mendaftar anak mereka melalui pertubuhan pemulihan dalam komuniti berhampira­n dengan tempat tinggal mereka,” katanya. Dalam pada itu, menurut beliau, tujuan penubuhan pusat kebajikan ini juga adalah untuk memberi peluang kepada anak sindrom Down ini dapat menyesuaik­an diri dengan rakan senasib mereka.

Katanya, biasanya golongan ini lebih suka menyendiri namun apabila berada bersama rakan di pusat berkenaan, mereka akan bermain bersama sehingga dijemput ibu bapa masing-masing.

“Pertubuhan ini diwujudkan sejak 20 tahun lalu dan pada setiap Ogos, kita akan meraikan bulan kemerdekaa­n bersama anak-anak sindrom Down ini supaya mereka dapat menghayati bulan kemerdekaa­n.

“Setiap tahun juga, pada 21 Mac, kita akan meraikan Hari Sindrom Down Sedunia manakala 3 Disember pula adalah sambutan Hari OKU Sedunia,” katanya.

PSDK diwujudkan sejak 20 tahun lalu

 ?? ?? SEBAHAGIAN kanak-kanak ketika sesi pembelajar­an pada program TKHM Bersama Kedai Ayamas di Persatuan Sindrom Down Kedah. - Gambar NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR
SEBAHAGIAN kanak-kanak ketika sesi pembelajar­an pada program TKHM Bersama Kedai Ayamas di Persatuan Sindrom Down Kedah. - Gambar NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia