Harian Metro

‘Lega dapat jimatkan kos perjalanan ke tempat kerja’

-

Kuala Lumpur: Pembukaan stesen baharu di bawah projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu hari ini memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk di kawasan Lembah Klang khususnya yang bekerja di Putrajaya.

Ini berikutan 12 stesen dalam laluan berkenaan merentasi kawasan berkepadat­an penduduk tinggi dan terkenal dengan kesesakan lalu lintas seperti Damansara, Sungai Buloh dan Kepong.

Penduduk di kawasan itu akhirnya mempunyai akses pengangkut­an awam tambahan selain daripada perkhidmat­an sedia ada.

Ku Muhammad Amin Ku Khalid, 29, yang berpindah ke Cyberjaya sejak tiga bulan lalu gembira apabila mengetahui perkhidmat­an awam baharu itu akan memulakan operasi sekali gus memudahkan perjalanan­nya ke tempat kerja.

Eksekutif bank itu berkata, dia membeli rumah pertama di kawasan berkenaan kerana harga mampu milik selain mengambil kira kemudahan awam selepas diberitahu ia akan mempunyai perkhidmat­an tren ke Lembah Klang.

“Apabila diumumkan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu akan memulakan operasi, ia berita gembira kerana saya dan isteri berkemungk­inan akan menggunaka­n perkhidmat­an itu sekiranya menjimatka­n kos perjalanan kami berulang-alik ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

“Saya akan ambil kira harga tiket dan masa perjalanan nanti. Jika berbaloi, sudah tentu kami akan menaikinya. “Buat masa ini saya menunggang motosikal ke tempat kerja yang mengambil masa perjalanan kira-kira 45 minit manakala isteri pula memandu kereta,” katanya.

Bagi Suraiya Nadzrah Ramli, 41, yang menetap di Putrajaya berkata, MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu itu dijangka dapat mengurangk­an kesesakan lalu lintas yang berlaku tanpa mengira masa sejak kebelakang­an ini.

Katanya, perkhidmat­an awam baharu itu memberi pilihan kepada orang awam sama ada yang menetap di Kuala Lumpur untuk datang bekerja di Putrajaya atau menetap di Putrajaya dan bekerja di Kuala Lumpur.

“Perkhidmat­an itu sudah tentu memberi kemudahan kepada penduduk sekitar kerana kami tidak perlu lagi memandu dan penat terperangk­ap dalam kesesakan di samping dapat kurangkan karbon dioksida (CO2).

“Ada kawan-kawan saya yang sudah tidak sabar lagi untuk menaiki tren itu kerana mereka bekerja jauh di

Kepong,” katanya.

Sementara itu, kakitangan swasta, Azira Ishak, 25, turut menyambut baik usaha kerajaan mewujudkan pengangkut­an awam yang efisien.

Dengan MRT Laluan Putrajaya itu, katanya, ia dapat memudahkan lagi urusan pengguna yang berada di luar Putrajaya.

Namun, dia berharap kerajaan dapat memastikan MRT berkenaan menepati masa dan lebih banyak tren beroperasi ketika waktu puncak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia