Harian Metro

Ejen hartanah ditahan kali kedua melombong Bitcoin

-

‘ Pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) juga mengesahka­n berlaku perbuatan khianat dan kecurian pada meter elektrik”

Putrajaya: Pernah ditahan polis kerana menjalanka­n kegiatan perlombong­an mata wang digital Bitcoin haram tiga bulan lalu.

Namun seorang ejen hartanah dan perumahan masih tidak serik apabila sekali lagi ditangkap polis atas kesalahan sama kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki tempatan berusia 34 tahun itu ditahan selepas dikesan melakukan aktiviti perlombong­an mata wang digital Bitcoin secara haram di kawasan rumah teres di Taman Putra Prima, Puchong di sini, sejak sebulan lalu.

Menurutnya, sebelum ini lelaki terbabit pernah ditahan di Putra Perdana di sini, selepas didapati terbabit aktiviti kes kecurian elektrik secara haram bagi melombong Bitcoin.

Katanya, polis menerima aduan orang awam yang mendakwa terdengar bunyi bising pelik dari sebuah rumah yang disyaki menjalani aktiviti perlombong­an Bitcoin.

“Hasil siasatan polis ke rumah berkenaan mendapati terdapat 36 mesin melombong Bitcoin diletakkan di bahagian ruang tamu dan bilik tidur rumah berkenaan,” katanya.

Wan Kamarul berkata, hasi siasatan terhadap pemilik kediaman itu mendapati rumah itu disewa untuk tujuan kegiatan itu.

Menurutnya, pemilik sebenar rumah berkenaan turut diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi membantu siasatan.

“Pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) juga mengesahka­n berlaku perbuatan khianat dan kecurian pada meter elektrik.

“Antara barangan dirampas polis adalah 36 mesin Bitcoin dengan nilai rampasan berjumlah RM25,000. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 427/379 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Wan Kamarul

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia