Harian Metro

JKM terima bayi sejak 2018

Diterima dari fasiliti kesihatan termasuk hospital swasta laksana program ‘Baby Hatch’

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima 30 bayi yang ditinggalk­an ibu bapa selepas dilahirkan bermula 2018 hingga Februari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Rosmahwati Ishak berkata, jumlah bayi itu diterima JKM dari beberapa fasiliti kesihatan termasuk hospital swasta yang melaksanak­an program ‘Baby Hatch’.

Beliau berkata, bagi bayi yang tidak berwaris ini, JKM akan membuat laporan polis bagi mendapatka­n perintah mahkamah mengikut Seksyen 17(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, bayi diterima kemudian ditempatka­n di pusat perlindung­an atau orang yang layak dan sesuai (OYLS) untuk menjaga.

“Beberapa hospital swasta di seluruh negara antaranya Selangor, Kedah, Perak, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan melaksanak­an program ‘Baby Hatch’ sebagai usaha untuk melindungi bayi yang dibuang,” katanya

Harian Metro.

Dalam pada itu Rosmahwati berkata, sejak 2018 hingga Februari lalu, seramai 755 kanak-kanak yang diterima JKM kerana dibuang ibu bapa dari pelbagai punca.

Katanya, bagi menangani masalah ini, JKM bekerjasam­a mengenai isu pembuangan bayi, program ‘Baby Hatch’ antara perkhidmat­an sokongan yang disediakan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Pertubuhan Pengurusan Anak Yatim Kuala Lumpur.

“Bagi perkhidmat­an itu, bayi yang diterima menerusi program ini akan ditempatka­n di pusat perlindung­an sebelum diserahkan kepada keluarga angkat atau OYLS dengan kerjasama JKM,” katanya.

Tambahnya, nyawa bayi amat bernilai dan pasangan yang tidak mahu menjaga anak mereka tidak seharusnya membuang bayi kerana mereka juga berhak untuk menikmati kehidupan sempurna.

Menurutnya, mereka boleh menyerahka­n bayi menerusi ‘Baby Hatch ’ atau berhubung terus kepada JKM bagi tindakan selanjutny­a selain menghubung­i kepada

Talian Kasih 15999 atau Whatsapp 019-2615999 untuk tindakan selanjutny­a.

Baby Hatch berfungsi sebagai peti khas yang lengkap berhawa dingin dan pasukan petugas akan mendapat isyarat untuk memberi maklum balas segera sebaik bayi diletakkan.

Seterusnya, bayi akan menjalani pemeriksaa­n kesihatan lebih lanjut sebelum sebarang tindakan termasuk menyerahka­n kepada JKM dibuat pihak yang menjalanka­n program berkenaan.

Muka depan Harian Metro Isnin melaporkan, beberapa hospital di Johor dijadikan ‘lubuk buang bayi’ apabila insan malang dan tidak berdosa itu ditinggal ibu kandung mereka selepas dilahirkan.

Bayi seawal usia kurang seminggu hingga beberapa bulan dikesan ‘dibuang’ waris mereka di beberapa hospital termasuk di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Perkara itu diakui Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin yang berkata, kes pengabaian bayi itu tiada kesudahan dan berlaku berulang kali setiap tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia