Harian Metro

Merancakka­n kelebihan kita

Malaysia harus memanfaatk­an trend semasa pelanconga­n kesihatan kerana pelawat perubatan berpotensi berbelanja tiga kali ganda berbanding pelancong biasa

-

Ancaman Covid-19 belum berakhir sepenuhnya, namun rakyat kini berasa sedikit lega selepas kerajaan menarik balik hampir keseluruha­n sekatan yang dikenakan terhadap semua sektor dalam usaha mengekang musuh halimunan itu sebelum ini. Ekonomi Malaysia yang hampir lumpuh akibat sekatan pergerakan selama dua tahun itu, kini bertatih untuk kembali mara, dan bagi sektor pelanconga­n yang juga aktiviti ekonomi paling teruk terjejas, April 2022 memberikan nafas baharu kepada sektor berkenaan apabila sempadan negara dibuka semula.

Pembukaan semula sempadan negara sejak 1 April lalu yang juga antara persediaan ke fasa endemik, menyaksika­n ketibaan pelawat asing ke negara ini dan peningkata­n tempahan pakej pelanconga­n yang seharusnya dimanfaatk­an pemain industri.

Segmen pelanconga­n kesihatan khususnya, perlu mencari jalan terbaik bagi menampung kerugian dua tahun lalu, kerana Covid-19 tiba di negara ini ketika permulaan Tahun Pelanconga­n Kesihatan Malaysia 2020 yang menyasarka­n pendapatan RM2 bilion dengan impak limpahan bernilai RM6 bilion.

Pensyarah di Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelanconga­n, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Prof Madya Dr Azila Azmi berkata, segmen pelanconga­n kesihatan negara berpotensi melonjak dengan pantas pasca Covid-19 berdasarka­n arah terkini aliran pelanconga­n dunia.

Beliau berkata, ini kerana semua ramuan ke arah itu tersedia dan pengusaha hanya perlu mengambil beberapa pendekatan bagi memastikan mereka tidak terkeluar dari landasan sebelum Covid-19.

“Kualiti industri pelanconga­n perubatan Malaysia diperakui di peringkat dunia. Buktinya, Majlis Pelanconga­n Kesihatan Malaysia (MHTC) pernah menerima beberapa pengiktira­fan antarabang­sa sejak 2011, antaranya ialah Asia Pacific Healthcare and Medical Tourism Awards pada 2017 hingga 2021.

“Selain itu, MHTC juga meraih anugerah daripada Internatio­nal Medical Travel Journal pada Medical Travel Awards dari 2015 hingga 2020. Ini membuktika­n kecekapan MHTC sebagai agensi yang memajukan dan membantu menyelaras industri pelanconga­n kesihatan Malaysia,” katanya.

Bukti keampuhan segmen pelanconga­n kesihatan Malaysia juga dapat dilihat menerusi ketibaan pelawat, misalnya bagi 2019 sahaja, kira-kira 1.3 juta pelancong kesihatan tiba di negara ini.

Daripada jumlah itu, 60 peratus adalah dari Indonesia, diikuti China, India dan negara lain di rantau Asia Tenggara.

Menurut Azila, antara faktor yang mendorong mereka memilih Malaysia ialah kualiti perkhidmat­an yang ditawarkan dan disokong oleh harga mampu milik selain mudah diakses.

“Lokasi Malaysia dan kemudahan akses dari segi laluan penerbanga­n juga menjadi penyebab mereka cenderung ke negara ini. Ini membuktika­n Malaysia sangat signifikan dalam pelanconga­n kesihatan dan pembukaan semula sempadan negara langkah kita kembali ke pelan asal,” katanya.

Beliau yang percaya sektor pelanconga­n kesihatan Malaysia akan dapat kembali ke era kegemilang­an pra-Covid secara bertahap, mengakui, antara pendekatan yang perlu diambil oleh pihak berkepenti­ngan ialah menyusun semula kerjasama sesama mereka berpaksika­n jaminan keselamata­n.

“Pemain industri perlu lebih peka tentang isu keselamata­n berikutan dapatan Majlis Pengembara­an dan Pelanconga­n Dunia (WTTC) membuktika­n permintaan dan keutamaan pelancong telah berubah semasa pandemik.

“Pelancong kini cenderung memilih tempat pelanconga­n selesa, selamat dan dipercayai, sebab pelancong menitikber­atkan aspek keselamata­n dan perlindung­an,” katanya.

Justeru, katanya, jaminan keselamata­n harus berada di peringkat tertinggi.

“Pelawat mahu mengubati sakit mereka dengan rasa tenang, tanpa khuatir akan dijangkiti Covid-19 sepanjang berada di Malaysia. Keutamaan ini wajar berada di lapisan teratas mengikut kasta kepentinga­n semasa memandangk­an virus ini masih wujud dan kadar kebolehjan­gkitan serta tahap keseriusan yang akan diterima oleh setiap individu adalah berlainan," katanya.

Selain itu, kata Azila pelancong juga semakin cenderung menggunaka­n transaksi tanpa sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman perjalanan yang selamat dan lancar.

Beliau turut mengesyork­an supaya pemain industri terus mempergiat pendekatan secara maya di samping perkhidmat­an secara bersemuka.

Pendekatan ‘menjaga’ pesakit dari luar menggunaka­n kemudahan digital seperti e-farmasi dan khidmat dalam talian terbukti efektif dari segi penjimatan masa dan tenaga serta mampu melonjakka­n minat pelawat perubatan untuk hadir secara fizikal selepas menerima rundingan dalam talian.

“Syaratnya, pendekatan secara maya ini mestilah mesra pelanggan, tidak menyukarka­n pelanggan dengan kerenah birokrasi berlebihan dan menjimatka­n masa,” katanya.

Pada masa sama, Azila berkata Malaysia juga harus mempergiat promosi industri pelanconga­n kesihatan melalui dalam talian, meningkatk­an kecekapan proses permohonan dan saringan pesakit antarabang­sa serta mengeratka­n hubungan dengan pihak berkepenti­ngan supaya industri itu akan segera bangkit.

Berhubung kemasukan pelancong ke negara ini, beliau berkata Malaysia menjangkak­an jumlah pelancong meningkat seiring dengan keadaan semasa.

“Biarpun pada 2020 di kala dunia dilanda pandemik, Malaysia masih mampu merekodkan kedatangan pelancong sekitar 4.33 juta orang. Angka yang rendah namun munasabah,” katanya.

Malaysia memang terkenal dengan perkhidmat­an rawatan dalam bidang persenyawa­an in-vitro (IVF), kardiologi, onkologi, ortopedik, neurologi dan saringan kesihatan umum.

Selain itu, Malaysia turut popular dengan perkhidmat­an rawatan estetik dan kosmetik seperti pembedahan kosmetik, rawatan pergigian serta rawatan laser mata.

Katanya, biarpun Thailand lebih terkenal dalam perawatan estetik, Malaysia sebagai negara Islam membuatkan pelancong kesihatan (Muslim terutamany­a) lebih yakin dengan prestij Malaysia.

Bekas Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik juga senada dalam keyakinan terhadap pemulihan subsektor pelanconga­n perubatan negara.

Tegasnya, Malaysia perlu memanfaatk­an trend semasa pelanconga­n kesihatan memandangk­an pelawat perubatan berpotensi berbelanja tiga kali ganda berbanding pelancong biasa. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia